46,506 mohon ke tingkatan empat SBP (2011)

Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan empat sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun ini berbanding hanya 5,300 tempat yang ditawarkan.

Menurut kenyataan oleh kementerian itu, semakan mengenai keputusan pemilihan dan penempatan pelajar boleh dilakukan dengan melayari laman web www.moe.gov.my.

"Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan menggunakan e-rayuan," jelas kenyataan itu.

Tempoh rayuan ialah selama 14 hari mulai hari ini sehingga 2 Februari ini.

Pelajar yang terpilih akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada 7 Februari ini.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url