Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma Kenderaan Persendirian

Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pemeriksaan percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula 24 Januari sehingga 28 Januari.

Pemeriksaan itu merangkumi pemeriksaan asap, brek, gantungan dan gelincir sisi untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan adalah optimal.

"Pemeriksaan ini adalah secara sukarela dan kami menawarkan kepakaran kami untuk memastikan kenderaan anda selamat dan layak dipandu semasa musim perayaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Hisham Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemeriksaan percuma ini, sila hubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url