Lapor polis kad pengenalan hilang hanya untuk mangsa ragut

Orang ramai yang kehilangan kad pengenalan tidak perlu membuat laporan polis kecuali jika mahu mendapatkan pengurangan atau pengecualian denda.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd. Noor berkata, secara dasarnya laporan polis hanya dibuat untuk pengesahan kehilangan dokumen bagi menjaga identiti pengguna.

"Berdasarkan Akta Pendaftaran Negara 1957 (Akta 78) tiada keperluan untuk mengemukakan laporan polis bagi mendapatkan gantian kad pengenalan yang hilang.

"Namun, jika kad tersebut dirompak atau diragut mereka boleh buat laporan polis supaya denda dapat dikurangkan atau dikecualikan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas aduan yang disiarkan dalam akhbar ini Sabtu lalu, yang dibangkitkan oleh seorang individu menggunakan nama samaran 'Pedro', meminta supaya mereka yang kehilangan kad pengenalan agar membuat laporan polis kerana ia tidak membebankan.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url