Top Ad 728x90

Komputer tablet Dell Streak 5

Kompak, ultra mudah alih dan bersaiz lebih kecil berbanding peranti komputer tablet yang banyak berada di pasaran kini.

Itu antara keunikan nyata yang dapat dilihat pada produk tablet digital pertama keluaran syarikat teknologi Dell iaitu Dell Streak 5.

Hadir bersama skrin bersaiz lima inci, gajet pintar moden itu mampu menyokong pelbagai aktiviti seperti pelayaran Internet, hiburan digital, komunikasi sosial dan pengalaman navigasi personal.

Menurut Pengarah Urusan Jualan Dell Malaysia dan Singapura, Varinderjit Singh, Dell Streak 5 dikategorikan sebagai gajet hibrid yang menggabungkan fungsi serta reka bentuk sebuah komputer tablet dan juga telefon bimbit pintar.

"Gabungan ini dilihat sangat unik dan berupaya menawarkan pengguna aktiviti interaksi serta perhubungan lebih moden.

"Pembangunannya memberi fokus memudahkan pengguna mengakses gaya hidup digital secara mobiliti,'' katanya pada pelancaran media gajet berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dell Streak 5 mempunyai ketebalan kurang daripada 10 milimeter (mm) sesuai dimuatkan ke dalam poket selain dilengkapi paparan video berdefinisi tinggi (HD), permaianan video menarik serta skrin anti calar Gorilla Glass.

Keupayaan multimedianya pula tersedia pada peringkat optimum menerusi tawaran kamera belakang lima megapiksel dengan pemfokusan auto dan lampu flash LED serta kamera web hadapan berformat VGA.

Daripada segi sambungan, Dell Streak 5 turut menyokong operasi Wi-Fi, Bluetooth dan 3G di samping fungsi navigasi sistem penentu kedudukan global terbantu (A-GPS) serta e-compass.

Sesuatu yang unik mengenai gajet pintar ini, ia didatangkan bersama paparan antara muka Dell terbaru, Dell Stage yang menyediakan kemudahan akses terus kepada kandungan yang digemari pengguna.

Bagi tujuan pengedaran di negara ini, Dell telah bekerjasama dengan syarikat Dynamics Distribution untuk proses pemasaran Dell Streak 5 dengan tawaran harga RM2,099.

Varinderjit turut memberitahu, dalam masa terdekat ini, pihaknya bersama salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan bakal mengumumkan pakej langganan peranti itu dengan harga istimewa dan eksklusif.

Maklumat lanjut mengenai Dell Streak 5, sila layari laman web www.dell.com.my

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90