Top Ad 728x90

,

Revolusi DiGiMusic Play bersama Sony Ericsson


BERMULA dengan pelancaran aplikasi DiGi Music Play untuk iPhone pada 2010, DiGi terus mengorak langkah memperluaskan perkhidmatan itu untuk platform Android dan BlackBerry pula.

Sejak diperkenalkan, seramai 60,000 pengguna rangkaian telekomunikasi DiGi telah menikmati servis berkenaan dengan jumlah 800,000 buah lagu telah pun dimuat turun.

Meneruskan kecemerlangan itu, DiGi baru-baru ini tampil membawa revolusi pada aplikasi DiGiMusic Play menerusi pengenalan beberapa pembaharuan.

Antaranya seperti integrasi bersama telefon bimbit pintar versi Android 2.3 (Gingerbread) dan BlackBerry yang mengaplikasi platform sistem operasi OS 6.

Di samping itu, perkhidmatan DiGiMusic Play juga kini tersedia bersama koleksi 500,000 buah lagu untuk dimuat turun.

Daripada segi kesan bunyi pula, kualiti kesemua fail lagu telah pun dipertingkatkan daripada 88 kilobit sesaat (kbps) kepada 128 kbps.

Menurut Ketua Internet Mobiliti dan Perkhidmatan Data Termaju DiGi, Praveen Rajan, pihaknya akan terus membawa aplikasi DiGiMusic Play ke peringkat terbaik pada masa akan datang.

''Tujuannya adalah untuk memastikan para pengguna rangkaian DiGi dapat menikmati pengalaman muzik terbaik tanpa batasan.

''Antara yang kita sedang usahakan adalah untuk mencari peranti komunikasi hiburan yang bersesuai dengan kehendak pengguna.

''Pihak DiGi juga akan mengenalpasti rakan niaga yang berpotensi serta mempunyai sinergi ke arah pembangunan muzik untuk mencipta jalinan kerjasama,' katanya pada majlis pelancaran kerjasama eksklusif DiGiMusic Play bersama Sony Ericsson di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Melengkapkan tujuan itu, DiGi kini menawarkan telefon bimbit pintar Sony Ericsson W8 Walkman merah berkilat bernilai RM799 hanya pada harga RM99 dengan setiap langganan pelan pasca bayar DiGi DG Smart 68 selama 24 bulan.

Untuk jangka masa terhad, setiap langganan pakej tersebut bersama telefon bimbit pintar Walkman Android pertama dunia itu melayakkan pelanggan menerima satu unit pembesar suara stereo mudah alih MS450 berwarna merah berkilat.

Untuk kemudahan akses DiGiMusic Play, aplikasi itu telah tersedia secara pra muat turun pada setiap peranti Sony Ericsson W8 Walkman dengan langganan 12 bulan perkhidmatan muzik akan diberikan secara percuma.

Bagi pengguna pra bayar pula, mereka akan menerima pek permulaan DiGi Pra Bayar berharga RM16.80 dengan nilai masa berbual RM8 serta kad tambah nilai RM50 secara percuma apabila mereka membeli telefon bimbit itu dengan harga RM799.

Maklumat lanjut mengenai tawaran serta pakej yang ditawarkan, sila layari laman web www.digi.com.my

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90