10 telefon bimbit popular di Malaysia

MALAYSIA mempunyai prospek pasaran telefon bimbit pintar paling cepat membangun. Ia dibuktikan menerusi peningkatan jumlah pengguna telefon bimbit mobiliti pelbagai jenama di negara ini.

Dalam kegilaan masyarakat yang berlumba-lumba memiliki pelbagai gajet moden itu, syarikat enjin pencarian Yahoo! mengeluarkan statistik model-model telefon bimbit popular yang dicari pengguna menerusi inisiatif Yahoo! Search Trends.

Berikut adalah hasil pencarian 10 model telefon bimbit paling popular oleh Yahoo! Malaysia Search untuk sepanjang bulan Jun 2011 :

* iPhone 5Apple memang tidak pernah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk model telefon bimbit pintar terbaru iPhone 5. Namun, disebabkan minat mendalam pengikut setia gajet itu, mereka telah mengeluarkan khabar angin bahawa Apple menyediakan 15 juta unit iPhone 5 yang dibangunkan di Taiwan sebagai persediaan memasuki pasaran menjelang September tahun ini.

* iPhone 4iPhone 4 merupakan telefon bimbit pintar berskrin sentuh dibangunkan oleh syarikat teknologi Apple. Generasi keempat iPhone itu hadir bersama keupayaan sokongan panggilan video dan kepelbagaian akses web serta multimedia. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

* Samsung Galaxy STelefon bimbit pintar Android ini telah diumumkan oleh Samsung pada bulan Mac 2010. Ia disempurnakan bersama pemproses Hummingbird 1 GHz, binaan memori Flash 6 hingga 16 gigabit (GB), skrin sentuh empat inci dengan resolusi 480 x 800 piksel Super AMOLED, kamera belakang lima megapiksel dan kamera depan.

* Samsung Galaxy SIISamsung Galaxy SII merupakan telefon bimbit paling berjaya pernah dihasilkan oleh Samsung. Ketika ini, model tersebut diiktiraf sebagai telefon bimbit super pintar dengan pemproses berkembar kedua ternipis di dunia.

* Sony Ericsson XperiaXperia merupakan rangkaian telefon bimbit pintar dihasilkan oleh Sony Ericsson. Sejak 2010, syarikat itu banyak memberi fokus kepada pembangunan portfolio berkenaan dengan separuh daripada keuntungan Sony Ericsson disumbang oleh model-model Xperia.

* Nokia C3Nokia C3 merupakan telefon bimbit mampu milik dengan spesifikasi cukup lengkap untuk menarik perhatian pengguna. Ia dilengkapi capaian Wi-Fi dan papan kekunci QWERTY.

* Nokia N8Model telefon bimbit untuk siri N ini dipacu oleh sistem operasi Symbian 3. Ia merupakan peranti telekomunikasi Nokia pertama dilengkapi kamera beresolusi 12 megapiksel.

* Samsung Galaxy AceSamsung Galaxy Ace merupakan telefon bimbit pertama Samsung menggunakan sistem operasi terbuka daripada Android. Ia hadir bersama skrin TFT sentuhan pelbagai 320 x 480 piksel bersaiz 3.5 inci.

* Blackberry BoldBlackberryBold 9000 atau lebih dikenali sebagai Bold 1 merupakan model Blackberry yang popular dengan fungsi pintar, mempunyai papan kekunci QWERTY serta keupayaan mesej berkesan.

* Blackberry CurveBlackBerry Curve merupakan antara model awal yang diperkenalkan syarikat pengeluarnya, Research In Motion (RIM). Curve 8520 adalah peranti Blackberry pertama mempunyai kawalan pad trek.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url