Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR 8 Ogos 2011 – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

– Bernama
Next Post Previous Post
2 Comments
  • otaklunyai
    otaklunyai Selasa, 9 Ogos 2011 pada 9:14:00 PG SGT

    Ini satu penghinaan kepada kakitangan kera-jaan. mereka dilayan seperti peminta sedekah.

  • NanaHasyArissa
    NanaHasyArissa Selasa, 9 Ogos 2011 pada 10:52:00 PG SGT

    jeles la tu...

Add Comment
comment url