Wakaf buku galak membaca
Bagi syarikat penerbitan buku, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd mewujudkan program mewakafkan buku sejak tiga tahun lalu mempunyai objektif tersendiri dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap masyarakat.
Antara objektifnya adalah menggalakkan masyarakat Malaysia beramal dengan cara mewakafkan buku dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik membaca.
Menurut Eksekutif Perhubungan Awam, Bahagian Pemasaran PTS, Mohd Roslan Md Isa, program mewakafkan buku bermula Julai lalu hingga 31 Disember ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai cara bentuk wakaf yang boleh memberi manfaat kepada semua.
Langkah itu juga secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada masyarakat mendapat saluran tepat untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
- HARIAN METRO