Top Ad 728x90

Aduan Insiden Keselamatan Siber Meningkat Tahun 2011

Insiden keselamatan siber yang dilaporkan kepada Cyber999 dari Januari hingga Ogos tahun ini meningkat kepada 10,700 aduan berbanding 8,090 bagi keseluruhan tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Husin Jazri berkata bilangan itu dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini.

"Berdasarkan perangkaan sebelumnya, bilangan yang dilaporkan tidak turun, malah semakin meningkat. Apa yang kami usahakan ialah menangani isu ini bagi mengurangkan kadar peningkatannya," katanya.

Kerajaan dan sektor swasta wajar melabur dalam program pencegahan, termasuk capaian selain program pendidikan, katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk Norton 2012 di sini, Selasa.

"Kami ada rancangan, namun tanpa sokongan kerajaan dan sektor swasta, pelan hanya tinggal perancangan.

"Oleh itu kami menggesa semua pihak, bukan hanya kerajaan, malah sektor swasta, bersama-sama menangani isu ini memandangkan ia bukan sekadar membabitkan individu, malah semua kita," katanya.

Produk baru Norton itu ialah Norton AntiVirus 2012 dan Norton Internet Security 2012.

Produk itu sudah dijual di pasaran, masing-masing pada harga RM79 untuk Norton AntiVirus 2012 (perlindungan setahun untuk satu PC) dan RM159 untuk Norton Internet Security 2012 (setahun perlindungan sehingga tiga PC).

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90