Top Ad 728x90

,

Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah Masih Membimbangkan

TEMERLOH: Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di negara ini dilihat masih membimbangkan sekalipun berlaku penurunan kes berbanding tahun sebelum ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Tan Sri Lee Lam Thye berkata bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 741 kes dicatat bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah.

"Dari Januari hingga Jun 2010, sebanyak 761 kes melibatkan pelajar sekolah dalam jenayah kekerasan dan harta benda dan kes itu menurun 2.6 peratus (741 kes) bagi tempoh yang sama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh bagi membincangkan pelancaran Hari Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Pahang di sini, Rabu.

Beliau berkata bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda yang dilakukan remaja yang tidak bersekolah pula ialah sebanyak 1,142 kes dilapor bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 dan ia meningkat kepada 1,420 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

Lee berkata semua pihak terutama ibu bapa perlu memainkan peranan bersama-sama menangani masalah itu.

"Kita harap melalui kempen pencegahan jenayah, ia dapat menyemai nilai-nilai murni selain mengeratkan lagi budaya dan institusi kekeluargaan di kalangan generasi muda," katanya.

Mengenai Hari Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Pahang, beliau berkata YPJM akan melancarkan kempen itu pada 1 Okt.

Kempen yang bertemakan Remaja Bersatu Memerangi Jenayah itu akan berlangsung di Tunas Manja Temerloh.

Beliau berkata kempen tahun itu akan menfokuskan golongan remaja bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab mereka memerangi jenayah terhadap diri sendiri, keluarga, ibu-bapa, sekolah dan masyarakat.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90