ADUN Tendong Meninggal Dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Pasir Mas, Dr Muhammad Daud meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

Menurut Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerusi laman sosial Facebook milik beliau, Dr Muhammad meninggal dunia secara mengejut.

Yang Dipertua Pasir Mas PAS, Hanifa Ahmad dalam laman web Harakah Daily pada Sabtu dipetik sebagai berkata, ADUN Tendong itu dipercayai mendapat serangan jantung.

Hanifa berkata, pagi Khamis allahyarham sempat menghadiri Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Nik Aziz dan Hanifa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham.

- MSTAR
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url