Penggunaan Dakwat Kekal Harus Dan Dibenarkan - Jawatankuasa Fatwa
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.
"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya kepadapemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di sini.
Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turutdihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan para mufti.
Pada Disember lepas, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis 'silver nitrate' akan digunakan pada PRU13.
Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.
Mengulas lanjut, Dr Abdul Shukor berkata, ujian yang dijalankan Jabatan Kimiadan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan ataupun memberikan kesan sampingan.
Bagaimanapun, katanya keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwadan yang telah diuji sahaja.
"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama," katanya.
- MSTAR