I-Think Beri Nilai Tambah Golongan Pelajar - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengenalan komponen peta minta menerusi program I-Think menggunakan kepakaran luar negara tidak bermakna guru tempatan dalam sistem pendidikan sedia ada tidak berkemahiran mendidik pelajar di negara ini.

Bagaimanapun menurut beliau, pengenalan kaedah berkenaan dalam sistem pendidikan di negara ini berupaya memberi nilai tambah kepada golongan pelajar terutamanya melatih kemahiran berfikir dan menganalisa.

"Ia tidak bermakna guru-guru kita tidak mahir...mereka terlatih. Tapi hasilnya (pelajar dengan sistem sedia ada), kita dapati nilai-nilai baru seperti kemahiran berfikir mereka agak terbatas, sebab itu kitacuba kaedah ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Saifuddin Nasution (PKR, Machang) mengenai keupayaan guru-guru sedia ada serta keperluanmemperkenalkan program I-Think dalam sistem pendidikan sedia ada.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi program berkenaan kerajaan akan turut melatih guru-guru tempatan agar menguasai kemahiran tersebut dalam usaha memperluaskanpenguasaan kaedah pembelajaran yang lebih komprehensif dan efisyen itu.

"Guru dalam sistem kita juga perlu dilatih dalam program seperti ini kerana tidak mampu ambil pakar luar sepanjang masa.

"Guru-guru yang sudah terlatih seterusnya akan memberi bimbingan kepada guru lain sebagai pelatih agar ia dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya.

Tambah Muhyiddin, hasil pengenalan awal program I-Think kepada sepuluh sekolah mendapati kumpulan pelajar terlibat berupaya menguasai ilmu dengan lebih efisyen dan cepat.

"Saya sendiri tanya mereka (pelajar) mengenai cara pembelajaran seperti ini, iaitu apabila elemen kemahiran berfikir digunakan.

"Mereka kata agak mudah faham. Ini terbukti dalam tempoh masa yang cepat," katanya.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek I-Think yang kini dilaksanakan di sepuluh sekolah akan diperluaskan ke kira-kira 1,000 lagi sekolah tahun depandan kepada semua sekolah menjelang 2014.

Program I-Think adalah projek bersama Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran yang tinggi dan inovasi di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pada awal tahun ini, sepuluh sekolah dipilih di seluruh negara untuk menjadi sebahagian daripada projek perintis yang bertujuanmemperkenalkan proses berfikir di kalangan pelajar sekolah.

- MSTAR
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url