Top Ad 728x90

,

Jangan paksa anak-anak ambil kursus yang tidak diminati

Ibu bapa seharusnya berbincang dengan anak mereka mengenai kursus yang hendak diambil di institusi pengajian tinggi bagi menentukan ia benar-benar sesuai dengan minat serta keupayaan anak masing-masing, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak untuk mengambil kursus yang tidak diminati kerana ini akan menyebabkan anak mereka tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran.

"Sebarang keputusan mengenai masa depan anak-anak tidak harus berdasar kepada kehendak atau kemahuan ibu bapa semata-mata," katanya dalam program terbitan Radio 24.

Katanya adalah penting bagi ibu bapa memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih subjek yang sesuai dengan minat dan kelayakan sebenar mereka.

"Saya pernah jumpa ramai pelajar universiti yang tidak bersunggguh-sungguh dalam pembelajaran kerana mengambil kursus yang dimahukan oleh ibubapa dan bukannya kerana minat terhadap kursus yang diambil," katanya.

Saifuddin mengulas kenyataan Pengerusi MARA Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang melahirkan rasa hairan mengapa pelajar-pelajar cemerlang banyak memilih kursus perubatan dan kejuruteraan.

Idris berkata trend itu jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam pasaran kerjaya.

Sehubungan itu, Saifuddin meminta ibu bapa dan pelajar supaya mengikis persepsi bahawa hanya sektor pekerjaan tertentu sahaja yang menjanjikan pulangan lumayan.

Beliau berkata keadaan sekarang sudah berubah kerana apa sahaja profesion sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh boleh memberikan pulangan yang lumayan.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90