Pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SPM dan SPMU (Ulangan) Tahun 2012

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012

Tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2012 adalah dari 1 hingga 31 Mac 2012.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohanan lewat tidak akan dilayan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my
Next Post Previous Post
6 Comments
  • PUSAT TUISYEN KESUMA (JPWP 388)
    PUSAT TUISYEN KESUMA (JPWP 388) Khamis, 15 Mac 2012 pada 1:47:00 PG SGT

    Pelajar2 yang hendak ambil kertas SPM Ulangan 2012 (BM/MAT) adalah dinasihati daftar juga untuk( Calon Persendirian) kertas November 2012 sebagai “standby strategy” sekiranya keputusan Spm Ulangan tadi kurang memuaskan. Keputusan SPM Ulangan atau SPM-U biasanya akan keluar pada bulan September/Oktober setiap tahun.

    Bagi Calon yang perlukan bimbingan/coaching untuk BM/Math seeloknya dapatkan pusat2 tuisyen yang menawarkan kumpulan khas. Maknanya kelas tersebut terdiri daripada pelajar2 yang akan mengambil SPM-U sahaja agar tumpuan adalah ditahap maksimum.

    Kepada calon2 di Lembah Klang atau berdekatan dengan Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak KL anda boleh la mendaftar untuk kelas “coaching” atau bimbingan khas di Pusat Tuisyen Kesuma(terhad kepada purata 25 orang/kelas – kami buka 2 kelas shj), No. 23& 23A, Jln 6/23E, Tmn Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak 53300 KL. Sila hubungi 03-40221232 atau sms 012-2385662(Cikgu Naza) atau www.ptkesuma.blogspot.com.

    Kami s…

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 22 Jun 2012 pada 11:06:00 PTG SGT

    salam...nama saya RISLAWANTI BINTI LAWANG...saya ada mendaftar calon SPM persendirian 2012...saya nak tanya,nama saya dah terdaftar ke sbg calon spm persendirian thun nie?harap di balas secepatnya ye...terima kasih

  • Fariq
    Fariq Selasa, 19 Februari 2013 pada 7:46:00 PTG SGT

    Sy ingin bertanya.., tapi malu.. tapi kalau malu sampai bila pun x dapat jwpan kan? Bolehkah saya ingin mengulangi spm kerana umur sy telah mencecah 24 thn? Adakan spmu ini mempunyai had umur?

    Mohd fariq bin abdul manaf




  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 12 Mac 2013 pada 8:51:00 PG SGT

    Fariq, boleh bah! Saya ambil ulangan SPM masa umur 28 tahun. Tapi tahun ni nak ambil lagi sebab tak cukup subjeklah ambil masa tahun 2008 tu. SPA tak hendak dgn SPM 3 subjek jer

  • Gobinath R
    Gobinath R Selasa, 23 Disember 2014 pada 10:39:00 PTG SGT

    Tumpang tanya. Abang saya dah berumur 38 tahun dan hanya berpelajaran setakat SRP shaja. Kini beliau ingin mengambil SPM untuk memenuhi kriteria tempat beliau berkerja. Apakah yang harus kami lakukan dan bagaimanakah cara untuk mendapat bantuan untuk perkara ini?

  • Unknown
    Unknown Jumaat, 22 Januari 2016 pada 10:00:00 PTG SGT

    saya belum mengambil pmr dan kini saya ingin mengambil spm, umur saya kini dah 25 tahun, boleh ke saya mengambil spm?

Add Comment
comment url