Soal Jawab Mengenai Jawatan Kosong di KEMAS

1. Bilakah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan membuat iklan jawatan kosong di KEMAS?

 KEMAS akan membuat iklan apabila terdapat keperluan untuk mengisi jawatan-jawatan berstatus KONTRAK.

 Bagi jawatan berstatus TETAP, kekosongan ini akan di isi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Tuan/Puan boleh rujuk ke laman web SPA di www.spa.gov.my dan mengisi borang SPA8i secara online. Jawatan tetap adalah seperti yang tertera pada borang SPA8i berdasarkan kelayakan pendidikan. Tiada spesifikasi untuk KEMAS kerana penempatan adalah ditentukan berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan sekiranya berjaya di dalam proses temuduga tersebut.

 Iklan-iklan jawatan kosong berstatus kontrak ini akan disiarkan di akhbar-akhbar utama berbahasa Malaysia pada hujung minggu (Mingguan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia dan Borneo Post bagi Sabah dan Sarawak). Pengumuman mengenai kekosongan jawatan ini akan diwar-warkan di laman web KEMAS di www.kemas.gov.my; dan di laman sosial Facebook KEMAS di www.facebook.com/jabatankemajuankemas



2. Apakah jawatan-jawatan berstatus kontrak tersebut?

 i) Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 (Penyelia)

 ii) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 (Pemaju Masyrakat Tabika)

 iii) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 (Pemaju Masyarakat Taska)

 iv) Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 (Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan)

 Bagi jawatan (i) tajuk iklan adalah Iklan Jawatan Kosong Bagi Mengisi Kekosongan Pembantu Pembangunan Masyarakat (Penyelia) Gred S17

 Bagi jawatan (ii) hingga (iii) tajuk iklan adalah Tawaran Bagi Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika/Taska Bagi Lepasan Diploma

 Bagi jawatan (iv) tajuk iklan adalah Iklan Jawatan Kosong Bagi Mengisi Kekosongan Pembantu Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan) Gred S17



3. Apakah jenis borang tersebut?

 KEMAS 1 Pin. 2005



4. Bagaimana untuk mendapatkan borang tersebut?

 Borang-borang boleh didapati di semua pejabat KEMAS Negeri & Daerah berdekatan dengan tempat tinggal tuan/puan.

 Selain itu, tuan/puan boleh mendapatkan borang tersebut dengan memuat turun dari laman web KEMAS di www.kemas.gov.my



5. Adakah dikenakan sebarang bayaran?

 TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN.



6. Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan?

 Borang yang telah lengkap di isi hendaklah disertakan dengan 2 keping gambar terkini, salinan kad pengenalan yang telah disahkan, salinan surat beranak yang telah disahkan, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan yang telah disahkan, salinan sijil-sijil aktiviti yang telah disahkan.



7. Siapakah yang boleh mengesahkan salinan dokumen-dokumen tersebut?

 Ketua Kampung, Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Professional (Gred 41 dan ke atas).



8. Di mana saya perlu menghantar borang yang telah siap di isi?

 Tuan/Puan perlu menghantar borang yang telah siap di isi yang disertakan dengan dokumen-dokumen (rujuk soalan 5) yang diperlukan ke Pejabat KEMAS NEGERI yang berhampiran dengan tempat tinggal tuan/puan.



9. Berapa lama tempoh sah laku permohonan?

 Enam (06) bulan dari tarikh tutup permohonan. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang panggilan dalam tempoh enam (06) bulan dari tarikh tutup, permohonan tuan/puan adalah di anggap tidak berjaya.



10. Adakah bukti pos boleh diguna pakai sebagai bukti penerimaan dokumen/borang?

 Bukti pos bukan bukti penerimaan dokumen/borang.



11. Adakah cara lain untuk saya mengisi borang kekosongan jawatan di KEMAS?

 Ketika ini pihak KEMAS masih menggunapakai borang yang di isi secara manual.


http://www.facebook.com/jabatankemajuankemas



Next Post Previous Post
1 Comments
  • ain nadiah
    ain nadiah Sabtu, 13 Oktober 2012 pada 1:24:00 PG SGT

    Assalamualaikum.Saya Ain Nadiah Binti Bain ada menghantar borang permohonan yg di iklankan di utusan malaysia baru baru ini. Saya hantar borang di KEMAS pkns shah alam, tapi tarikh sya hantar da terlambat. Adakah borang saya diterima? saya tidak di panggil untuk interview kursus kemas yg 2 bulan tu, adakah permohonan saya tidak berjaya? Saya sangat berharap untuk berkhidmat sebagai guru di kemas. Saya lepasan Diploma Pendidikan (Pengajian Prasekolah). email saya hafiznadia191@yahoo.com. Terima kasih,..

Add Comment
comment url