Kempen kesedaran kanser serviks

 


Anda mungkin boleh menyediakan semangkuk mi segera dalam masa empat minit. Tetapi, sedarkah anda dalam tempoh sesingkat itu juga nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik akan melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 143,000 nyawa setiap tahun.

Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270,000 kematian ekoran kanser serviks dilaporkan setahun dengan sekitar 80 peratus berlaku di negara-negara membangun. Hanya 41 peratus daripada wanita negara membangun berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.

Kanser serviks merupakan kanser ketiga paling kerap menyerang wanita di Malaysia . Di seluruh dunia, ia kanser kedua paling kerap menyerang wanita dan mengambil nyawa seorang wanita setiap dua minit. Kanser serviks disebabkan jangkitan berterusan daripada virus biasa yang berjangkit iaitu Human Papillomavirus (HPV). Pelalian berserta pap smear boleh mengurangkan risiko kanser serviks.

Justeru, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama-sama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini menjadi hos Perlumbaan Go-Kart untuk Kebajikan - Power Over Cervical Cancer yang julung kali diadakan dan dihadiri lebih 120 orang.

MenyebarkanDisasarkan untuk menggalakkan semua teman baik (BFF) menyebarkan mesej berkenaan kanser serviks untuk mencegah penyakit tersebut, acara ini juga suatu inisiatif di bawah Kempen BFFs Break the Silence, fasa ketiga bagi POCC, sebuah inisiatif kesihatan masyarakat oleh NCSM dan disokong GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK).

Aktiviti ini adalah suatu inisiatif untuk menyemarakkan tema kempen ini - memandu go-kart, setelah anda berjaya mengawal pemanduan, anda sebenarnya berjaya merasai kuasa untuk melakukan kawalan.

Semasa perlumbaan go-kart berlangsung, pengunjung yang tidak terlibat dengan perlumbaan menyertai aktiviti lain di trek termasuklah kereta lumba kawalan jauh serta merakam video atau gambar mereka dengan BFF, sebagai tanda sokongan untuk melindungi.

NCSM turut menyediakan tapak pameran untuk sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat lanjut tentang kanser serviks. Soal Selidik Risiko Kanser Serviks turut diadakan untuk menilai risiko seseorang mendapat penyakit tersebut dan telah disediakan untuk pengunjung pameran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat tentang kanser serviks melalui laman web POCC www.pocc.com.my, laman Facebook POCC (POCC Malaysia) dan talian 1-800-22-POCC (7622).

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url