Dua syarat baru Pengambilan Pegawai dan Anggota Tentera ATM

Mulai tahun 2013 ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baru dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan pegawai dan anggota tentera bertaraf dunia.

Panglimanya Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata syarat baru yang diperkenalkan ATM itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik.

"Syarat baharu ini kami mula laksanakan awal tahun ini iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang.

"Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua, dan diploma dalam apa-apa bidang," katanya ketika ditemubual Bernama, di pejabatnyai.

Zulkifeli berkata syarat baharu kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Ini selaras dengan hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan sahaja mempunyai kelebihan fizikal dan mental malah mempunyai kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM," katanya.

- BERNAMA

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url