Top Ad 728x90

, ,

26 Mei Tarikh Akhir Adakan PRU Parlimen & DUN Serentak - SPR

26 Mei Tarikh Akhir Adakan PRU Parlimen & DUN Serentak - SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin Pilihan Raya Umum ke-13 dapat dijalankan serentak walaupun sekiranya ada kerajaan negeri membuat keputusan menunggu tempoh sah Dewan Undangan Negeri masing-masing tamat secara automatik.

Beliau berkata SPR mempunyai masa sehingga 60 hari untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas pembubaran Parlimen.

"Katakan 26 Mei ini Parlimen dibubarkan, saya masih ada sampai 26 Mei untuk menetapkan tarikh, dalam tempoh itu boleh dikatakan semua DUN perlu bubar, tidak ada yang lebih daripada26 Mei," katanya kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis taklimat akhir PRU-13 bagi pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus Pilihan Raya Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Beliau berkata SPR akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan PRU-13 secara serentak bagi mengelakkan perbelanjaan yang terlampau banyak jika diadakan berasingan.Mengulas mengenai DUN Negeri Sembilan yang akan tamat tempoh Selasa ini, beliau menjelaskan bahawa pembubaran DUN itu tidak akan menggangu pentadbiran negeri itu. "Bila tamat yang menerima kesan ialah negeri itu sahaja iaitu, kesan yang pertama elaun semua anggota DUN akan tamat serta-merta, tetapi Speaker, Menteri Besar dan Exco masih berjalan seperti biasa di bawah kategori kerajaan sementara," katanya. Justeru, beliau berkata rakyat tidak perlu ragu perjalanan negeri akan terbantut, kerana kerajaan sementara akan menjalankan pentadbiran negeri, cuma menurutnya, mereka tidak boleh membuat apa-apa keputusan baharu dan mengadakan apa jua dasar baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa seorang pengendali blog berdaftar sebagai pengundi menggunakan dua identiti, beliau berkata pihaknya sedang melakukan siasatan.

Bagaimanapun, beliau yakin pada PRU akan datang isu pertindihan nama pengundi tidak berlaku, kerana selain semakan dilakukan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, sistem dakwat kekal juga akan dilaksanakan.

- BERNAMA


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90