Yayasan Guru dan BSN keluar Kad Kredit khas untuk guru


Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kad kredit 1 TeachersCard yang menawarkan caj kewangan paling rendah di pasaran di samping pelbagai ganjaran serta keistimewaan yang menarik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Mejar (B) Wan Munadi Wan Mamat, kad kredit ini eksklusif untuk guru, pegawai serta kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi ahli YGMB.

"Walau bagaimanapun, guru atau kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi belum menjadi ahli YGMB boleh memohon kad kredit ini.

"YGMB akan memberikan keahlian automatik dengan pengecualian yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM10 kepada mereka," jelasnya.

Pemegang kad ini bakal menikmati caj Kewangan atau fi Kemudahan serendah 8.88 peratus setahun dan yuran tahunan percuma seumur hidup, tanpa sebarang syarat.

Kad Kredit 1 TeachersCard turut menawarkan Pakej Penulisan Wasiat pada harga istimewa RM300 berbanding harga biasa RM350 di samping pemberian percuma Kad Touch n' Go BSN Zing PLUSMiles untuk pemegang kad utama.

Sebagai ganjaran kepada ahli baharu, pemegang kad utama akan diberi RM50 tunai manakala pemegang kad tambahan pula menerima RM25 apabila kad diaktifkan dan digunakan untuk sebarang urusan dalam masa 60 hari dari tarikh kad dikeluarkan.

Ganjaran tunai akan dikreditkan terus ke dalam akaun kad kredit pemegang kad.

Selain itu, kemudahan dan keistimewaan lain yang dapat dinikmati oleh pemegang Kad Kredit 1 TeachersCard adalah Program Pindahan Baki kosong peratus, Pelan ansuran BSN EasyPay kosong peratus, BSN EasyCash, Insuran Perjalanan dan Kesulitan Percuma sehingga RM500,000.

Kad ini turut memberi mata ganjaran yang tiada tarikh luput sebanyak satu mata untuk setiap seringgit bagi perbelanjaan runcit di dalam negara dan dua mata bagi setiap seringgit untuk perbelanjaan runcit di luar negara.

Permohonan untuk kad kredit jenis Emas MasterCard yang ditawarkan dengan pilihan Kad Islamik atau Konvensional ini juga dibuka kepada guru yang baru tamat kursus perguruan dengan syarat perlu menyertakan salinan surat penempatan mengajar.

Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah salinan kad pengenalan, penyata gaji terkini dan salinan pas pekerja.

Untuk memohon kad kredit 1 TeachersCard, dapatkan borang permohoanan di cawangan BSN, layari laman www.mybsn.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-1900.

Bagi pertanyaan mengenai manfaat keahlian YGMB, sila hubungi 03-41058679 atau layari www.ygmb.com.my

 
 
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url