SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa : 40 minit
Soalan : 50
Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan
dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengurusan sumber manusia/infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan
wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber
kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan
teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta
lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran
calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.
Jabatan-jabatan yang terdapat di peringkat negeri
dibahagi kepada dua jenis iaitu:
A. Jabatan Negeri dan Jabatan Pusat
B. Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah
C. Jabatan Negeri dan cawangan Jabatan
Persekutuan
D. Jabatan Persekutuan dan Jabatan daerah
E. Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri
SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Soalan : 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki
menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran
mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah
yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan
sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi
algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan
Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap
sesuai untuk kesemua calon.
Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat
kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan
logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep
Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).
Apakah nombor seterusnya dalam susunan berikut:
266, 196, 256, 169, x
A. 512
B. 72
C. 147
D. 256
TIPS MENJAWAB SOALAN
Nasihat-nasihat berikut diharap dapat
membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.
Soalan Objektif
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon
yang menduduki Peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik.
Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang
demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu
tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Walau
bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang
tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan
agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang
berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka
pilihan dan 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan
yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Calon
hendaklah membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang
diperlukan adalah jawapan yang paling tepat.
(c) Bagi tujuan merekod jawapan, calon
dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar
calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan,
jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika
calon perlu membuat perkiraan, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang
yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan sahaja.
“Selamat Maju Jaya”
Soklan bab B ni velakgb senang tp depn susah cikit...x cukup massa...sbb bnyk habis kt sokln dpn...
TRIMAS ATAS CONTOH SOALAN .
Boleh tolong send contoh soalan untuk penolong teknologi maklumat