Isnin, Oktober 12, 2015

Kadar Tol Baharu Mulai 15 Oktober 2015



Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) yang akan dikuatkuasakan mulai 15 Oktober 2015. 

Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di AKLEH kini menjadi RM2.50, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM7.00, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50. 

Sementara bagi GCE, kadar seragam di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong menjadi RM1.90 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas, RM3.80 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) dan RM5.70 bagi kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50. 

Di LKSA pula kadar tol baharu bagi Plaza Tol Seri Muda untuk kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas menjadi RM1.70, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM3.40, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM5.10. 

Bagi Plaza Tol Alam Impian pula, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas naik kepada RM0.90, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM1.80, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM2.70.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts