Para penyelidik percaya bahawa kemurungan boleh berpunca daripada gabungan faktor genetik, biologi, persekitaran dan psikologi.
Kemurungan adalah sejenis gangguan
mental paling lazim di dunia. Di Malaysia, kira-kira 2.3 juta orang
mengalami kemurungan pada satu tempoh dalam hidup mereka. Kelaziman
kemurungan di Malaysia dianggarkan pada tahap 8%-12% secara keseluruhan
dan dialami oleh kira-kira 20% dalam kalangan orang dewasa berusia 13
hingga 17 tahun.1-3
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi
pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah
seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Selain itu, ada pelbagai pihak yang turut memberi bantuan seperti:
1. Talian sokongan psikososial COVID-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia & Mercy Malaysia)
Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Medical Relief Society (MERCY
Malaysia) menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat
Malaysia.
Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat COVID-19 boleh hubungi di talian 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.
Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
2. Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling COVID-19 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
Talian Kasih 15999 dan talian Whatsapp 0192615999
dibuka kepada mangsa dan waris mangsa COVID-19, petugas pusat
kuarantin, hospital dan lain-lain serta individu yang terkesan dengan
PKP.
Selain itu, khidmat talian ini juga
bersedia menerima aduan isu-isu wanita, keluarga dan masyarakat,
khususnya menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan
kemasyarakatan.
3. KSK Care Centre, Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim
KSK
Care Centre melalui Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti
(PKKSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan
perkhidmatan atas talian bagi membantu memberi sokongan moral kepada
petugas barisan hadapan yang bertugas dan juga kepada ahli keluarga
mangsa COVID-19.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh kaunselor berdaftar, pakar terapi psikospiritual Islam dan kaunselor syarie. Klik
disini untuk mendapatkan perkhidmatan KSK Care Centre.
4. Malaysian Relief Agency
Pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), Malaysian Relief Agency turut menawarkan
perkhidmatan talian bagi membantu mereka yang mengalami masalah tekanan
psikologi khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Sepanjang
tempoh PKP, perkhidmatan ini dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 4
petang menerusi senarai nombor telefon pakar psikologi dan kaunselor
seperti yang tertera.
5. Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bagi
kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Jabatan Psikiatri turut menawarkan perkhidmatan
e-sokongan psikologi.
Perkhidmatan beroperasi bermula oukul 9 pagi sehingga 6 petang dan boleh dihubungi di nombor 03-8600 9800 atau 0103424861 (Whatsapp).
6. Befrienders
Pertubuhan
Befrienders Kuala Lumpur turut memberi peluang kepada individu yang
berdepan dengan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk
mendengar dan berkongsi masalah.
Befrienders boleh dihubungi melalui Skype (BefKL Skype 1) atau pada talian 03-76272929 bermula 10 April lalu.
7. Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO)
Memberi
fokus kepada kes penderaan dan masalah keganasan rumahtangga, WAO
bersedia menerima sebarang aduan berhubung gejala tersebut.
Aduan boleh dibuat menerusi pada nombor talian tertera.
8. Khidmat kaunseling dalam talian di Institut Pengajian Tinggi (IPTA)
Bagi
penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPTA), unit kaunseling kampus
juga beroperasi secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.
Antara
IPTA yang dilihat melaksanakan inisiatif ini adalah Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Justeru, penuntut dinasihatkan agar merujuk kepada pihak pengurusan kampus masing-masing bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.
9. Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA)
Pertubuhan
bukan kerajaan ini turut mensasarkan golongan berpendapatan rendah
(B40) untuk mendapatkan perkhidmatan atas talian secara percuma. Klik
di sini untuk maklumat lanjut.
10. Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS), CPRC, KKM
Sebuah
pasukan khas yang ditubuhkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat
Krisis Kebangsaan (CPRC), KKM juga menawarkan sesi sokongan emosi dalam
talian secara percuma.