Ibu Zayn Rayyan dibawa masuk ke lokasi kehilangan


Kenderaan membawa ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dilihat keluar dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 12.20 tengah hari.

Van putih itu keluar selepas kira-kira 2 jam berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak berkenaan tiba pada 10.15 pagi menuju ke kediamannya di Blok R.

Proses lakonan semula situasi semasa kejadian daripada masa Zayn dilaporkan hilang sejak 5 Disember lalu sebelum mayatnya ditemui pada malam keesokan harinya selesai dijalankan.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, kelibat bapa Zayn di lokasi masih tidak kelihatan selain ibunya yang memakai baju tahanan berwarna oren.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tiba di lokasi kejadian.

Beliau dilaporkan akan diberikan taklimat dan penerangan mengenai proses lakonan semula di lokasi kejadian oleh pegawai daripada pasukan siasatan.

Turut berada di lokasi kejadian adalah Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus, yang tiba sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.

Sumber : Berita Harian


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url