"Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ia akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya.
"Akan ada kemungkinan halangan dan jarak oleh beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan kemungkinan untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.
"Berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar saya sudah bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan dari belakang, ini sama ketika saya lakukan di perlumbaan Kejuaraan Asia di Kuala Lumpur dahulu juga.
"Perancangannya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama).
"Namun ketika melepasi selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan daripada pelumba Perancis. Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ia disengajakan kerana melanggar saya dan saya hampir terjatuh.
"Saya terselamat daripada jatuh merana tindak balas pantas dan kemahiran yang saya ada.
"Tidak cukup dengan itu beliau masih mengekori rapat di sebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan di dalam keadaan seperti itu, reaksi saya adalah bergerak ke hadapan untuk mengelak daripada beliau.
"Sebagai seorang pelumba Keirin yang elit, kita tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat pada kelajuan 50-55 kilometer sejam.
"Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi, pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.
"Saya yang tengah bergolak dengan pelumba Perancis itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut dan cuba back pedal sebagai cara untuk brek akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.
"Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line).
"Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya, akan tetapi ia adalah tidak disengajakan dan juga adalah disebabkan oleh dua keadaan.
"Pertama blocking dan himpitan berterusan daripada pelumba Perancis dan kedua, adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan.
"Jurulatih, John Beasley dan Pengurus, Pasukan Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka review kembali video perlumbaan dan keputusan.
"Namun mereka memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama," katanya.
Menurut Azizulhasni, situasi sama pernah berlaku dalam perlumbaan lain tetapi komisar hanya memulakan kembali perlumbaan dan tiada pelumba disingkirkan.
Azizulhasni juga berharap peminat terus memberikan sokongan dan mendoakan seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom untuk menggalas tanggungjawab dan harapan baru bagi membawa pulang pingat emas untuk kontinjen Malaysia.
"Saya percaya Shah Firdaus mampu melakukannya," tambahnya.
Sumber : Berita Harian
Ulasan oleh KJ mengenai penyingkiran Azizul