Boeing buang 17,000 pekerja di seluruh dunia

 


Boeing mengumumkan rancangan untuk mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya dalam pada ia mengunjurkan kerugian suku ketiga yang besar di tengah-tengah mogok di wilayah Seattle.

Gergasi penerbangan itu mesti 'menetapkan semula tahap tenaga kerja agar sejajar dengan realiti kewangan kami', kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boeing, Kelly Ortbergt, sambil menambah bahawa pembuangan 17,000 pekerja di seluruh dunia 'akan termasuk eksekutif, pengurus dan kakitangan'.

Boeing mengumumkan satu siri langkah mengetatkan perbelanjaan dan melewatkan pengeluaran kerana mogok hampir sebulan yang membabitkan 33,000 pekerja telah menambahkan lagi masalah syarikat.

Kakitangan Boeing dengan Persatuan Pemesin Antarabangsa (IAM) dan Pekerja Aeroangkasa telah berhenti kerja pada 13 September lalu selepas menolak tawaran kontrak secara beramai-ramai.

Pegawai IAM tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkankenyataan komen daripada AFP.

Boeing, yang juga berdepan pemerhatian ketat berhubung kesilapan keselamatan penerbangan komersial dan masalah dalam program angkasa Starliner berkata, mogok IAM menyumbang kepada AS$3 bilion dalam caj sebelum cukai kepada keputusan penerbangan komersialnya pada suku ketiga, sebahagian daripada kerugian yang dijangkakan AS$9.97 sesaham.

"Walaupun perniagaan menghadapi cabaran jangka pendek, kami membuat keputusan strategik yang penting untuk masa depan dan mempunyai pandangan yang jelas terhadap usaha yang perlu dilakukan untuk memulihkan syarikat," kata Ortberg dalam kenyataan akhbar.

"Tindakan tegas ini, bersama-sama dengan perubahan struktur utama kepada perniagaan kami, adalah perlu untuk kekal berdaya saing dalam jangka panjang."

Butiran pembuangan pekerja itu akan dibuat minggu depan, katanya.

Akibat mogok, Boeing berkata ia akan menangguhkan penghantaran pertama 777X kepada 2026 dari 2025.

Pesawat jet yang tertangguh sepatutnya memasuki perkhidmatan pada Januari 2020.

Syarikat itu merancang untuk menghentikan pengeluaran 767 Freighter pada 2027 sebaik sahaja ia menyelesaikan pengeluaran atas tempahan semasa.

Ortberg juga berikrar untuk mengambil 'pengawasan tambahan' terhadap perniagaan pertahanan dan angkasa lepas Boeing yang bermasalah, yang dijangka mengalami 'kerugian baharu yang besar' pada suku ketiga, katanya dalam mesej kepada pekerja.

Sumber : AFP

Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url