Pokok anggur sesuai ditanam di Malaysia, rasa manis setanding luar negara
Seorang pekebun di Tumpat, berjaya membuktikan tanaman anggur boleh hidup dan berbuah lebat di negara beriklim tropika seperti Malaysia, sekali gus menepis tanggapan negatif masyarakat terhadap tumbuhan itu sejak lima tahun lalu.
Wan Yusoff Wan Abdul Rahman, 40, kini menanam lebih 100 pokok anggur yang mampu mengeluarkan hasil seberat 30 kilogram iaitu sekitar 500 hingga 700 gram setangkai di kebun miliknya seluas 0.4 hektar di Kampung Belukar di sini.
Beliau berkata, tanggapan masyarakat yang mendakwa buah anggur dihasilkan di kawasan beriklim tropika agak masam adalah tidak benar kerana buah anggur di kebunnya sangat manis dan hampir setanding dengan anggur dari negara luar.
"Saya nekad membuktikan kepada masyarakat bahawa tanaman anggur saya berupaya hidup di iklim panas Malaysia, malah tanaman ini agak subur dan mengeluarkan hasil yang baik sejak 2019," katanya.
Seorang pekebun di sini, berjaya membuktikan tanaman anggur boleh hidup dan berbuah lebat di negara beriklim tropika seperti Malaysia, sekali gus menepis tanggapan negatif masyarakat terhadap tumbuhan itu sejak lima tahun lalu.
Wan Yusoff Wan Abdul Rahman, 40, kini menanam lebih 100 pokok anggur yang mampu mengeluarkan hasil seberat 30 kilogram iaitu sekitar 500 hingga 700 gram setangkai di kebun miliknya seluas 0.4 hektar di Kampung Belukar di sini.
Beliau berkata, tanggapan masyarakat yang mendakwa buah anggur dihasilkan di kawasan beriklim tropika agak masam adalah tidak benar kerana buah anggur di kebunnya sangat manis dan hampir setanding dengan anggur dari negara luar.
"Saya nekad membuktikan kepada masyarakat bahawa tanaman anggur saya berupaya hidup di iklim panas Malaysia, malah tanaman ini agak subur dan mengeluarkan hasil yang baik sejak 2019," katanya.
Wan Yusoff berkata, melihat potensi tanaman anggur berkenaan, beliau juga berhasrat membuka pusat tanaman anggur berkonsepkan agropelancongan di sekitar rumahnya dengan menyewakan tanah kepada penduduk kampung.
Beliau berkata, penduduk di sekitar kampung itu mula berminat menanam anggur selepas melihat kejayaannya.
"Saya yakin dalam tempoh setahun lagi pokok anggur di kebun saya semakin membesar, dan apabila orang ramai datang, mereka boleh makan dan minum di bawah pokok dengan buah anggur berjuntaian di atas kepala.
"Buat masa ini, mana-mana pengunjung yang hadir biasanya membeli anggur dan anak pokok yang saya jual bersama baja," katanya.
Wan Yusoff berkata, pokok anggur boleh berbuah sepanjang tahun atau empat kali setahun bergantung kepada kaedah penanaman dan kebijaksanaan pekebun itu sendiri.
"Caranya sangat mudah iaitu setiap kali anggur dipetik, kita perlu memotong dahan pokok kemudian dahan baharu akan tumbuh pucuk bersama bunga baharu dan dalam tempoh tiga bulan, hasilnya boleh dipetik.
"Jika mahukan buah yang manis, kita jangan dedahkan pokok anggur kepada hujan dan ia perlu ditempatkan di kawasan teduh tetapi ada cahaya matahari," katanya.
– BERNAMA