PAKEJ SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Kepada calon yang akan menghadapi Peperiksaan Online Pengambilan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, boleh mendapatkan Pakej Panduan Soalan Peperiksaan Online SPA bagi Penolong Penguasa Kastam.
Sila daftar e-mail anda di sini --> http://jvsecurepay.com/access/69bh/28?camp_id=1401

Penyakit Asma - Punca & Rawatan

on Sunday, May 11, 2008

Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara kronik. Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi, ketat dada dan batuk.

Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom yang disebutkan di atas. Hampir 20 peratus pesakit hanya mengalami batuk yang berlanjutan.

Simptom asma adalah disebabkan oleh penyempitan dan inflamasi saluran udara yang boleh berlaku akibat alahan kepada persekitaran, salah makan, ubat-ubatan dan tekanan apabila pesakit terdedah kepada punca-punca yang disenaraikan tadi.

Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi.

Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.

Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam.
Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ada pada masa sekarang.

Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik.

Punca asma

Punca sebenar asma masih belum diketahui. Kaitan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu sebab penting dan ini dapat dilihat di mana di kalangan keluarga pesakit asma biasanya terdapat ahli keluarga lain yang menghidap asma, resdung (rhinitis) atau dermatitis (atopy skin disease).

Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor yang menyebabkan serangan asma adalah pesakit menyedut kutu debu, debunga, bulu kucing atau anjing, pencemaran udara, asap rokok, kurang senaman dan kesan beberapa ubat-ubatan.

Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.

Rawatan asma

Inflamasi saluran udara dan pengecutan otot saluran udara yang merupakan dua mekanisma utama serangan asma mengakibatkan pesakit sesak nafas, batuk dan nafas berbunyi. Oleh itu, adalah penting untuk mengurangkan atau memulihkan keadaan ini kepada normal.

Pada masa ini, terdapat banyak ubat untuk mengubati penyakit asma dan kebanyakannya adalah secara sedutan.

Ubat sedutan adalah cara yang sangat berkesan kerana ubat yang diberi secara sedutan hanya memerlukan dos yang sangat rendah dan ia akan masuk terus ke dalam saluran udara dan bertindak dengan cepat tanpa memberikan kesan sampingan sistemik.

Ubat rawatan asma boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ubat sedutan penahan (reliever) dan ubat sedutan pencegah (preventor).

Kedua kumpulan ubat ini biasanya dijual di dalam pelbagai warna tetapi amat penting bagi pesakit mengenal kedua-dua kumpulan ini.

Ubat penahan biasanya mengandungi ubat yang bertindak bagi mengembangkan saluran udara ketika pesakit mengalami serangan akut manakala ubat untuk mencegah (preventor) mengandungi dos steroid yang agak rendah dan berfungsi sebagai anti-inflamasi bagi mencegah serangan akut asma.

Kandungan steroid yang rendah dalam sedutan ini tidak akan memberi kesan sampingan yang teruk kepada pesakit sekiranya digunakan mengikut arahan doktor berbanding ubat steroid yang diambil secara oral.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa ubat steroid boleh mengurangkan serangan akut dan juga kematian akibat asma.

Ramai orang yang takut menggunakan steroid disebabkan oleh kesan sampingannya tetapi anggapan ini adalah kurang tepat kerana hanya dos yang rendah terdapat di dalam ubat sedutan.

Apabila pesakit tidak menggunakan ubat sedutan steroid seperti yang diarahkan, ini akan mengakibatkan kurangnya kawalan terhadap penyakit asma.

Ini berbeza dengan ubat menahan (reliever). Jika pesakit kerap menggunakan ubat menahan (reliever), terdapat banyak kesan sampingan dan asma juga tidak dapat dikawal dengan baik.
Kajian membuktikan lebih banyak kematian dikesan di kalangan pesakit sekiranya ubat penahan (reliever) digunakan lebih banyak dari ubat pencegah (preventor).

Jika seseorang pesakit asma mengalami serangan asma lebih dari dua kali seminggu, pesakit perlu menggunakan kedua-dua jenis ubat sedutan tersebut.

Yang penting adalah penggunaan ubat sedutan pencegah (preventor) setiap hari, walaupun jika tiada tanda-tanda serangan asma dan kekerapan pengambilan ubat mungkin perlu ditingkatkan bergantung kepada kawalan asma pesakit.

Kemajuan sains dan teknologi terkini juga telah membawa kepada kombinasi ubat penahan (reliever) dan pencegah (preventor) dalam satu alat sedutan.

Di samping itu, terdapat beberapa jenis ubat sedutan dan ubatan biji baru yang sangat berkesan untuk mengawal serangan asma.

Selain itu, cara pemberian sedutan (inhaler device) juga telah dipelbagaikan bagi memudahkan pesakit dari setiap peringkat umur menggunakannya.
Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

alkolostrom said...

Salam,

Tkasih di atas info yang sangat berguna. Boleh dijadikan panduan kepada pengidap-pengidap asma di
luar sana.

Saya juga pengidap asma sehingga ke peringkat yang memerlukan ventolin inhaler walau ke mana saya pergi satu ketika dulu. Kini, tidak lagi setelah saya mengamalkan satu produk kesihatan yang menguatkan sistem imun.

Semoga sihat selalu.


Wednesday, December 24, 2008 at 4:39:00 PM GMT+8
Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum,
Buat mereka yg masih tercari2 jalan penyelesaian untu berubat, bolehlah cuba suatu kaedah:

Mencairkan kahak, lendir dan kuman2 penyebab resdung

Lagi banyak kuman keluar, lagi senang nak pulih. Ini kerana banyak penyakit terjadi adalah kerana saluran dalaman badan kena 'block'. Atau juga, anda boleh coba satu lagi tempat yg juga kuat kesannya iaitu:

Rawatan Menghapuskan kuman resdung dan jerawat

Dengan adanya 2 panduan ini, insyaallah anda akan menikmati hasil yg menakjubkan. Semoga sukses dan dengan harapan dapat membantu. Tq.


Friday, January 7, 2011 at 7:42:00 AM GMT+8
ember said...

Do you speak English? Please explain what is resdung? You mean dahak instead of kahak? thangks a lot


Tuesday, July 12, 2011 at 11:22:00 AM GMT+8
Anonymous said...

Saya bukan pesakit asma tapi saya fobia,trauma dengan asma. Ini kerana arwah isteri saya ada lah pengidap asma. Arwah telah menghembus nafas nya yang terakhir dipangkuan saya semasa diserang asma. Namun saya redha.


Thursday, August 8, 2013 at 10:08:00 PM GMT+8
kedaivitaminfatimah said...

perkongsian yang sangat menarik. sekarang ni dah banyak sangat orang sakit asma. kadang-kadang bila tengok baby kena asma, kesian sangat..


Monday, January 27, 2014 at 2:22:00 AM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - SUMBER MAKLUMAT & JAWATAN KOSONG TERKINI | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO