INFO KERJAYA (JAWATAN KOSONG)

Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan Terkini terus ke e-mail anda, sila masukkan e-mail anda di bawah dan klik "Join Now!" -> GROUP MY KERJAYA

Subscribe to mykerjaya

Powered by us.groups.yahoo.com


* SENARAI JAWATAN KOSONG SEKTOR KERAJAAN

* SENARAI JAWATAN KOSONG SEKTOR SWASTA



Demo bantah kabinet isu agama anak di Masjid Negara

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Friday, May 1, 2009

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan ringkas membantah keputusan kabinet berhubung pengekalan agama asal anak walaupun ibu atau bapanya telah memeluk Islam.

Dengan plakad putih bertulisan "tarik balik", lebih kurang 100 penyokong parti itu berkumpul kira-kira 15 minit selepas solat Jumaat di perkarangan masjid Kampung Baru.

Dalam ucapan ringkasnya, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyifatkan keputusan kabinet itu tidak dibuat mengikut saluran yang betul.

"(Oleh itu) kita berikan tekanan kepada kabinet supaya tarik balik keputusan ini," katanya.

Selain dihalang polis, mereka juga memberhentikan dengan segera demonstrasi kecil itu selepas pentadbiran masjid menegur penganjur yang dianggap "tidak menghormati" satu majlis di pusat ibadat itu.

Selain Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, perhimpunan itu turut dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam satu kenyataan awalnya, Kamaruzaman menganggap keputusan kabinet pada 23 April sebagai "paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara."

"Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.

"Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama," katanya.

Keputusan jemaah menteri itu pernah dibantah oleh beberapa NGO Islam, termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Keputusan terbaru kabinet itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban, atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah, dengan bekas isterinya M Indira Ghandi.

Lelaki itu menukar agama tiga anak mereka sejak penghujung tahun lepas.

- MALAYSIAKINI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 

KATEGORI

Artis (286) Astronomi (79) Berita (1904) Bolasepak (114) DPLI (39) Dunia (858) Ekonomi (789) Gempar (206) Hiburan (486) Islam (2239) Isu Semasa (114) Jawatan Kosong (1514) Keluarga (271) Kerjaya (1823) Kesihatan (981) Kewangan (357) Komentar (155) KPLI (91) KPLSPM (27) Mistik (49) Motivasi (621) Pendidikan (1120) Pentadbiran (220) Personaliti (224) Politik (1696) Sastera (77) Sejarah (211) Soal Jawab (88) Teknologi (772) Temuramah (19) Umum (946) Undang-Undang (225)

BLOG TERKINI