Top Ad 728x90

Maritim Malaysia ada komando


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam mencatatkan sejarah apabila dua pegawai dan 24 anggotanya ditauliahkan beret biru komando Pasukan Khas Udara (Paskau).

Mereka merupakan kumpulan perintis pasukan elit Maritim Malaysia dikenali sebagai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim (Star) yang dilatih khas oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam usaha memantapkan operasi agensi berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Datuk Noor Aziz Yunan berkata, agensi itu mahu melantik lebih ramai lagi anggota Star menjelang akhir tahun ini.

"Kumpulan pertama ini merupakan perintis dalam Star. Kita mahu kekuatan anggota sebanyak 200 orang menjelang akhir tahun ini. Kita hanya tunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka akan ditempatkan di semua wilayah maritim negara ini.

"Mereka akan menjadi pasukan elit yang bakal memberi respons secara pantas terhadap segala tugasan yang diberikan sesuai dengan keupayaan mereka sebagai komando," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Komando Siri 15/2009 di sini.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90