Top Ad 728x90

,

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

- MSTAR

5 Comment:

  1. salam MyAdha,

    haa..itulah artis dari Semenanjung tak serik-serik, dulu Mazuin Hamzah dah kena.

    Lain kali jangan mau jadi kilang anak-anak orang Brunei...

    BalasPadam
  2. kte pon tak tau sbb apekn..pasti ade sbb yg kukuh,kalo tak takkn la nak cerai tibe2.. ada anak masih kecik plak.knape nak sama kn ngn mazuin plak.mcm al-kisah manohara,kalo org ngara jiran kte tu ckp lain kali jgn kwin ngn org kte,msti kte marah gak kn..tak baik tau kutuk2

    BalasPadam
  3. well... she deserved it. Orang yang tidak tahu di untung...begitulah akibatnya...

    im not being bias.... because my mom was malaysian before...

    Seperti kata pepatah....

    "Orang Tamak selalu Rugi"

    &

    "Sepandai-pandai Tupai Melompat akhirnya Jatuh ke tanah juga"

    BalasPadam
  4. pbb...

    dah laluan hidup mereka tertulis mcm tu..

    kte ni doakan yang terbaik untuk keamanan kedua2 buah negara..

    yang buruk kita jauhi, yang baik kita ikuti...xsusah pn..

    BalasPadam
  5. Keluarga orang kita tak tau luar dalam jangan bikin fitnah nanti tak merasa bau syurga. Biarkan mereka dan keluarga mereka asalkan kita hidup bahagia.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90