Top Ad 728x90

, ,

Bola sepak tulen kembali jadi trend?

Apabila Sepanyol melestarikan namanya selaku juara Kejohanan Negara-Negara Eropah pada 2008 dengan memperagakan corak permainan yang menghiburkan, penuh seni dan positif, ia mengembalikan ingatan ramai kepada samba dan total football menepati jolokan The Beautiful Game yang diuar- uarkan oleh Pele.

Bermulanya sepak mula Piala Dunia di Afrika Selatan, tanda- tanda trend itu berterusan tidak timbul sehingga Jerman, dengan gandingan pemain berpengalaman dan tenaga muda, membela- sah Australia 4-0.

Sehari sebelum itu, Argentina menyerlah tetapi sekadar menyumbat satu gol ketika menumpaskan Nigeria.

Dengan kebanyakan pasukan berhati-hati bagi mengelak kekalahan selain purata jari- ngan yang rendah berbanding edisi terdahulu, peminat risau kemeriahan kejohanan kali pertama diadakan di benua Afrika tercemar dek permainan membosankan.

Ramai menuduh Brazil dan Belanda, misal- nya, mengorbankan prinsip dan tradisi yang mengangkat kedua-dua negara selaku pendo- kong bola sepak dengan gaya asli, iaitu menyerang dengan tarian samba dan total foot- ball.

Tentunya ramai masih ingat kesedihan yang melanda barisan Brazil pimpinan Tele Santana apabila tewas kepada Itali seawal pusingan kedua (ketika itu ia diadakan secara liga) di Sepanyol pada 1982.

Kesebelasan yang dianggotai jentera tengah dibintangi Socrates, Zico, Eder, Falcao dan Toninho Cerezo serta bek kiri yang me- nyerang, Junior, menangkap imaginasi pemi- nat seluruh dunia. Mereka menjaringkan 10 gol dalam tiga perlawanan untuk memenuhi cita rasa penyokong yang menagih tarian samba dan jogo bonito.

Namun, impian mereka tersekat dek kehe- batan Paolo Rossi mencium peluang. Analisis mendapati, Brazil terlalu gemar menyerang sehingga pertahanannya terdedah kepada serangan balas.

Perancis mara ke separuh akhir dengan berteraskan keunggulan Michel Platini, Alain Giresse dan Jean Tigana mendenyutkan jentera tengah. Namun, selepas mendahului Jerman Barat 3-1 dan menyaksikan Patrick Bat- tiston tersungkur akibat terjahan Harald Schumacher, Perancis terkeluar.

Dua tahun kemudian, cabaran mengimbangi kaedah serangan berbahaya dengan corak bertahan disahut oleh jurulatih Perancis, Michel Hidalgo. Beliau memperkuatkan barisan tengahnya dengan meletakkan Luis Fernandez untuk meringankan tugas Platini, Giresse dan Tigana pada Kejohanan Negara-Negara Eropah di Paris.

Jika Tigana menyusup ke segenap padang, Giresse merencanakan gerakan dan Platini pakar penyudah peluang, Fernandez berfungsi selaku pemain tengah bertahan, melindungi empat pertahanan dianggotai Maxime Bossis, Patrick Battiston, Manuel Amoros dan Jean- Francois Domergue.

Apabila Amoros digantung selepas dibuang padang ketika menewaskan Denmark pada perlawanan pembukaan, Fernandez beraksi pula di posisi bek kanan, manakala tugasnya di tengah diambil alih oleh pakar sepakan percuma, Bernard Genghini.

Kesudahannya, Platini menyumbang sembilan gol, Tigana muncul pemimpin Les Bleus kerana bebas mengintai ruang kubu lawan manakala Giresse kreatif membekal peluang dalam laluan Perancis mengucup kejuaraan pertama mereka dalam dunia bola sepak.

Hebatnya empat serangkai Perancis itu hingga mereka digelar Carre Magique, atau segi empat ajaib.

Belajar dari situ, Brazil di bawah Santana meletakkan dua pemain tengah bertahan untuk mengimbangi samba Socra- tes, Zico, Careca, Muller dan Branco di Mexico 1986.

Tampilnya Elzo dan Alemao memaksa Cerezo dan Falcao memanaskan bangku simpanan manakala bek kiri pada 1982, Junior menemani Socrates selaku pencatur gerak.

Malangnya, Brazil terpaksa bertemu Perancis pada suku akhir dalam perlawanan yang disifatkan oleh Pele sebagai pertembu- ngan abad ini. Brazil tewas menerusi sepakan penalti.

Kenapa Diego Maradona unggul di sebalik kejayaan Argentina pada 1986? Kerana adanya pemain seperti Sergio Batista, Ricardo Giusti dan Hector Enrique yang memberi Maradona kebebasan untuk mengatur gerak sambil membekal peluang kepada Jorge Val- dano dan Jorge Burruchaga.

Brazil 1994 menonjolkan Dunga dan Mauro Silva manakala Perancis 1998 bertunjangkan Didier Deschamps dan Emmanuel Petit.

Keseimbangan ini yang dicari-cari oleh pasukan bergelar sang juara. Lihat saja Inter Milan yang menampilkan Esteban Cambiasso dan Javier Zanetti untuk memberi ruang ke- pada Wesley Sneijder membantu Diego Milito, Goran Pandev dan Samuel Eto'o.

Dalam barisan Oranje, Sneijder ditemani Nigel de Jong dan Mark van Bommel yang mengawal jentera tengah.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90