Top Ad 728x90

, ,

‘Bilik Khas’ Untuk Individu Bankrap

Jabatan Insolvensi akan menyediakan sebuah ‘bilik khas’ kepada mereka yang diisytiharkan bankrap untuk memudahkan golongan ini tampil secara sukarela bagi membantu menyelesaikan kes kebankrapan mereka.

Kemudahan yang pertama kalinya diperkenalkan itu juga bertujuan untuk membantu membuang perasaan malu atau takut si bankrap bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan kebankrapan.

Ia akan dilaksanakan menerusi salah satu program outreach jabatan itu di seluruh negara, bermula Jun ini.

Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, masih terdapat stigma di kalangan masyarakat hari ini terhadap kebankrapan sehingga ia dianggap terlalu sensitif dan enggan berhadapan dengan realiti.

“Pemikiran sedemikian menyebabkan si bankrap enggan tampil ke Jabatan Insolvensi untuk memberi kerjasama bagi menyelesaikan kes kebankrapan mereka.

“Seramai 240,978 rakyat Malaysia telah diisytiharkan bankrap setakat Mac lalu tetapi hanya kurang daripada 30 peratus yang memberi kerjasama dengan tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya dalam pertemuan eksklusif dengan mStar Online.

Bagi suku pertama tahun ini sahaja, katanya, sebanyak 4,568 kes kebankrapan baru yang direkodkan manakala 1,863 kes kebankrapan telah dibatalkan atau diselesaikan.

Bagaimanapun, Abdul Karim menambah, sejak program outreach diperkenalkan oleh Jabatan Insolvensi pada Jun 2009, orang ramai mula menyedari fungsi organisasi itu adalah menguruskan kes kebankrapan mengikut Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-kaedah Kebankrapan 1969 (Bankruptcy Act 1967 and Bankruptcy Rules 1969).

“Berdasarkan pengalaman di salah satu tempat program outreach yang diadakan sebelum ini, lebih 10 peratus daripada pengunjung dengan secara berani membuat pengakuan kepada kami bahawa mereka telah diisytiharkan bankrap.

“Ini termasuk mereka yang baru mengetahui status berkenaan selepas secara sukarela mendapatkan pengesahan daripada pegawai kami,” katanya lagi.

Namun beliau berkata, terdapat juga individu bankrap yang malu bersemuka dengan pegawai dari Jabatan Insolvensi sehingga meminta ahli keluarga dan teman-teman rapat mewakili mereka.

“Oleh itu, inisiatif baru bagi menambahbaik program outreach ini ialah dengan memberi peluang kepada si bankrap secara sukarela tampil memberi kerjasama, sekali gus membantu memudahkan penyelesaian kes mereka,” katanya.

Diminta mengulas mengenai ‘bilik khas’ yang disediakan oleh pihak jabatan untuk melindungi privasi mereka yang bankrap, Abdul Karim berkata, ia merupakan satu ruang yang dikelilingi ‘partition’ di kawasan ‘booth’ program outreach Jabatan Insolvensi.

“Di ruang ini, pengunjung akan diberi peluang untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan kebankrapan daripada pegawai kami.

“Selain menyediakan ruang tertutup, laluan masuk dan keluar juga dibuat secara berasingan sebagai memberi keselesaan dan menghormati privasi mereka,” katanya. Menurut Abdul Karim, komponen penting dalam menyelesaikan kes kebankrapan yang paling berkesan adalah menerusi kerjasama yang baik daripada si bankrap.

“Dengan penambahbaikan program outreach ini, ia dapat membantu mencapai sasaran mulai tahun 2014 untuk menyelesaikan kebanyakan kes kebankrapan, sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Jabatan Insolvensi mensasarkan untuk menyelesaikan 12,000 kes kebankrapan menjelang akhir tahun ini.

- MSTAR

1 Comment:

  1. Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. Bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws (Akta Kebankrapan 1967) boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yg dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.

    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah dijatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patuh diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kpd JIM. Biasa sesorang jumlah hutang akan di charge sangat tinggi sampai bankrap oleh pihak bank. Tambahan pula, mereka yang dijatuhkan bankrap dengan jumlah seperti diatas tidak ada niat atau sengaja untuk bankrap sendiri. Apa kebaikan kpd mereka? Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yg tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90