Top Ad 728x90

,

PM Beri Petunjuk PRU 13 pada November 2012

SANDAKAN 2 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.

"Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.

"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pimpinan parti-parti komponen.

Lebih 30,000 orang hadir memeriahkan majlis itu yang turut diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Zon 5.

Sementara itu, di Kota Belud, ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kampung Rampayan Laut, hari ini, Najib berkata, rakyat negara ini boleh menerima perbezaan budaya sebagai satu keunikan tetapi tidak sama sekali menerima sebarang unsur tidak sihat akibat perbezaan fahaman politik.

Sehubungan itu, tegas beliau, seluruh rakyat harus bersatu padu di bawah satu payung politik yang mampu menjamin masa depan negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan menolak sentimen kesukuan yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Beliau menjelaskan, seluruh rakyat harus mengambil iktibar daripada sejarah iaitu penjajah dapat menguasai negara ini kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.

"Kalau kita berbeza dari segi budaya, kita mesti bersatu dalam politik kerana inilah kekuatan yang menentukan masa depan kita.

"Jika kita berpecah dalam kelompok kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional maka kita akan menjadi masyarakat yang kian lemah," katanya.

Turut hadir Musa Aman; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan menteri-menteri Kabinet negeri.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90