Saling percaya, jujur kunci bahagia

Tidak semua pasangan mampu mencipta kebahagiaan untuk tempoh yang lama.

Ada yang hanya mampu mengekalkan hubungan untuk jangka masa singkat. Tidak kurang yang merana gara-gara tidak mampu menyelamatkan keadaan.

Petua berikut barangkali boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan hubungan supaya bertahan lama.

Mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi anda, apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' anda.

Mengawal pasangan. Contohnya, si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda. Ini bermakna, anda boleh 'mengawal' dirinya daripada me lakukan perkara yang anda tidak gemari.

Apapun, ia tidak bererti anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, ini bermakna si dia mempercayai anda dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

Komitmen bukan sekadar menepati janji tetapi juga menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun si dia berani memberikan komitmen dan ber sungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhu bungan ceria serta bahagia.

Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri ma sing-masing akan mewarnai lagi perhubungan anda berdua. Malah, ia akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran anda padanya. Justeru, tiada alasan untuk si dia berlaku curang.

Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahui pasangan.

Jika anda dan si dia jujur, ini membuatkan anda berdua tidak takut berbahas kerana berpendapat ia untuk kebaikan ber sama.

Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, ak hirnya anda dan pasangan akan mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Terima seadanya. Kunci keintiman dalam suatu per hubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan.

Apabila hati sudah sayang, tentu saja anda sanggup me nerimanya walaupun menyedari tentu ada perkara negatif mengenainya.

Pengertian. Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

Anda juga tentunya berharap si dia mengerti pandangan anda terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin per hubungan hanya mendatar saja.

Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul disebabkan tidak memahami perasaan dan menganggap diri tidak di hargai.

Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam tetapi tidak mudah untuk melakukannya.

Tetapi, apabila berjaya menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menim bulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat.

Rasa yakin membolehkan anda memberi pandangan bersama si dia sama ada dalam hal remeh-temeh hinggalah ke perkara yang serius.

Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia anda.

Anda dan si dia memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui dirinya berbeza pendapat dengan pasangan lazimnya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan.

Tidak mungkin anda dan pasangan sentiasa sependapat sebaliknya, harus berkompromi untuk menunjukkan ke dewasaan masing-masing.

Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik perbuatan mungkin tidak akan terlintas di fikiran. Berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ia akan memburukkan lagi keadaan.

Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan penting dalam perhubungan, bukan saja dari segi perbuatan malah pertuturan.

Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url