Assessment Centre (AC) Pegawai Tadbir

Assessment Centre (AC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu Asssessment Centre (AC).

Calon-calon yang telah lulus peperiksaan akan dipanggil untuk mengikuti program ini selama 3 hari.

Nilai kompetensi yang akan diuji pada setiap calon adalah seperti berikut:

Kualiti Personal / Tatakelakuan
-Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran

Penampilan
-Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana Keyakinan Diri Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan (tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal)

Penggerak Kumpulan
-Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan
-Potensi Kepimpinan Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik

Pengetahuan
-Kematangan idea
-Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima

Kemahiran
-Kemahiran berkomunikasi
-Berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan

Pengucapan awam/Public speaking
-Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan Debat ala parlimen
-Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

Calon-calon akan turut menjalani beberapa ujian kecergasan seperti larian
2.4 km dengan kiraan masa serta senaman-senaman jasmani yang lain.
Next Post Previous Post
2 Comments
  • decaprieza
    decaprieza Selasa, 14 Oktober 2008 pada 10:17:00 PG SGT

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

  • Unknown
    Unknown Khamis, 16 Oktober 2008 pada 8:38:00 PTG SGT

    akum...

    sape2 yang pnh join kursus ni bleh x bagi sikit tips

    yela kongsi pengalaman la....

Add Comment
comment url