Perbezaan pengiraan Takwim Islam dan Kristian
Oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh
Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan,berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepadakedudukan dan pergerakan matahari.. Masyarakat Islam kita hari ini,terutamanya generasi muda sering terikut-ikut budaya Barat ketikamenyambut tahun baru. Mereka sepatutnya lebih mengutamakan sambutan1 Muharram.
Perkembangan takwim banyak berhubung kait dengan faktor
keagamaandan sains. Dalam hal ini, ada dua cara pengiraan takwim, iaitudengan menggunakan matahari (syamsiah atau solar) dan bulan(qamariah atau lunar).
Berkenaan penetapan takwim, Allah berfirman yang membawa maksud: "Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang)dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanantiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempatperedarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangantahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itumelainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allahmenjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagikaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya." (Surah Yunus, ayat 5)
Secara umumnya, orang Rom mempopularkan penggunaan takwim solar danpada peringkat awal, penggunaan takwim dikira bermula daripada masabandar Rom diasaskan.Tarikh yang digunakan ditanda dengan perkataanRumawi iaitu ab urbe condita (auc) yang bermaksud "dari tarikhpengasasan bandar". Andai kata tarikh ini masih dipakai hari ini,kita sekarang berada pada tahun 2757 auc.
Apabila Julius Caesar menawan Mesir pada tahun 48 sebelum
Masihi,beliau memperkenalkan apa yang dipanggil takwim solar Julian(bersempena dengan namanya) pada tahun 709 auc atau tahun 46 sebelum Masihi. Takwim ini dikatakan diperkenalkan setelah JuliusCaesar meminta seorang ahli falak bernama Sosigenes untuk membuatperubahan kepada takwim yang sedia ada pada ketika itu.Takwim baruini mempunyai 12 bulan dalam setahun dengan bilangan hari sebanyak365 hari dengan tambahan sehari bagi setiap empat tahun.
Namun begitu, sejarah merekodkan bahawa kesilapan berlaku dalampengiraan takwim Julian ini apabila tambahan satu hari pada setiapempat tahun tidak dilakukan, sebaliknya tambahan ini dilakukan padasetiap tiga tahun.Ini berlaku antara tahun 43 sebelum Masihisehingga tahun 10 sebelumMasihi. Augustus Caesar yang menggantikanJulius Caesar sebagai pemerintah Empayar Rom mengarahkan supayapengiraan tahun lompat ini dihentikan dan hanya disambung padatahun empat selepas Masihi.
Augustus Caesar juga membuat beberapa perubahan kepada jumlah haridalam sebulan. Pada asalnya, dikatakan bulan Februari mempunyai 29hari dan 30 hari bagi tahun lompat.Februari kehilangan satu harikerana pada satu ketika, dua daripada bulan dalam takwim Juliandinamakan Julai (sempena Julius Caesar) dan Ogos (sempena AugustusCaesar).Pada asalnya Ogos hanya mempunyai 30 hari, namun AugustusCaesar menganggap dirinya sama hebat jika tidak lebih hebatdaripada Julius Caesar, maka beliau telah memerintahkan supayabulan Ogos ditambah satu hari. Ini menjadikan jumlah hari dalambulan Ogos sebanyak 31 sama seperti bulan Julai.
Kesan pembesaran Empayar Rom menyaksikan penyebaran penggunaantakwim Julian yang kemudian turut diterima pakai gerejaKristian.Pada tahun 527 Masihi, seorang paderi Rom bernamaDionysius Exiguus memperkenalkan sistem pengiraan takwim yangdiberi nama Anno Domini atau AD (yang memulakan tarikh 1 AD sempenakelahiran Isa al-Masih). Orang Islam menggelarkan pengiraan inisebagai al-Masihiah atau Masihi. Menariknya, berlaku kekeliruandengan tarikh lahirnya Nabi Isa apabila Dionysius Exiguusmenyatakan bahawa Nabi Isa lahir pada tahun 754 auc tetapi ramaiyang beranggapan bahawa kiraan Exiguus tidak tepat dan mempunyairalat sebanyak beberapa tahun.
Jika ditinjau panjang purata setahun bagi takwim Julian ialah365.25 hari dengan satu hari ditambah setiap empat tahun, ini jauhberbeza dengan panjang sebenar bagi setahun. Namun demikian, dikalangan ahli astronomi sendiri, panjang sebenar tempoh satu tahundipertikaikan. Pendapat popular berpegang kepada purata tahuntropika iaitu 365.2422 hari dalam setahun manakala satu lagipendapat mengatakan bahawa panjang purata setahun ialah 365.2424hari.Beza nilai ini ialah masing-masing 0.0078 hari (11 minit 13.8saat) dan 0.0076 hari (10 minit 56.4 saat).
Akibatnya setiap 131 tahun, takwim Julian ini akan berganjakmenyebabkan ia tidak lagi selari dengan perubahan musim solstis danekuinoks yang merujuk kepada kedudukan matahari dengan bumi dan inimenjadi sumber pengiraan yang penting bagi hari-hari kebesaranKristian. Menjelang abad ke-16, tarikh Hari Easter yang sepatutnyaberlaku semasa Ekuinoks Musim Bunga telah memasuki musim panas.Bagimengatasi masalah ini, Pope Paul III mendapatkan beberapa ahli astronomi seperti Christopher Clavius untuk mencari penyelesaian
kepada keadaan gawat itu dan kajian dilakukan sehinggalah
GregoryXIII menjadi Pope Gereja Roman Katolik.
Beberapa cadangan dikemukakan dan Gregory XIII memilih cadanganClavius. Pada 24 Februari 1582, beliau memperkenalkan beberapaperubahan kepada pengiraan takwim dan ini dikenali sebagai "TakwimGregorian".Perubahan yang diperkenalkan adalah seperti berikut:
Sebanyak 10 hari ditolak daripada takwim yang dipakai pada
ketikaitu menjadikan hari yang menyusul selepas Khamis, 4 Oktober 1582sebagai Jumaat 15 Oktober, 1582 (5 Oktober 1582 jika menurut kiraanJulian).
Bagi pengiraan tahun lompat Julian, tahun itu mestilah boleh
dibahagi dengan angka 4. Dalam perubahan yang diperkenalkan
melaluitakwim Gregorian, sesuatu tahun lompat itu hanya dikira jika samaada boleh dibahagi dengan 400.
Oleh itu, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 ialah tahunlompat melainkan jika boleh dibahagi dengan 100 dan tidak
dengan400.Ini menjadikan tahun-tahun 1600 dan 2000 sebagai tahun lompattetapi tidak demikian bagi tahun-tahun 1700, 1800, 1900 dan2100.Hari pertama tahun baru ditetapkan pada 1 Januari setiaptahun.Hari bagi tahun lompat ditetapkan pada 29 Februari.
Penggunaan takwim berkenaan tersebar serta-merta ke negara RomanKatolik seperti Sepanyol, Itali, Portugal, Poland, Perancis danLuxembourg dan secara berperingkat digunakan di negara sepertiJerman, Belgium, Switzerland, Belanda dan Hungary.Britain hanyamenggunakan takwim ini dalam tahun 1752 dengan perubahan padatarikh dilakukan pada Khamis 14 September 1752 (tarikh iniditukarkan daripada 2 September 1752).Koloni British di seluruhdunia, termasuk Tanah Melayu, turut melakukan perubahan itu.
Akibat daripada penggunaan takwim Gregorian ini, terdapat duatarikh bagi satu hari yang sama antara abad ke-16 dan ke-18,
bergantung kepada takwim mana yang digunakan.Mengikut
konvensyen,tarikh yang menggunakan takwim Julian ditandakan dengan "OS" yakniold style manakala tarikh yang menggunakan takwim Gregorianditandakan dengan "NS" atau new style. Negara lain di dalam duniaturut menggunakan takwim Gregorian ini secara berperingkat misalnyaJepun (1873), Mesir (1875), Eropah Timur (antara 1912 dan 1919),Russia 1918) dan Turki (1927).
Ringkasan AD yang diterima pakai bagi pengiraan takwim
Gregorianialah ringkasan kepada "Anni Domini Nostri Jesu Christi" yangbermaksud "dalam tahun Tuhan Kami Jesus Christ." Takwim inimempunyai konotasi kepada agama Kristain, oleh sebab itu
mungkinmenyebabkan rasa tidak senang hati di kalangan penganut Islam danYahudi khususnya, maka ringkasan AD diganti dengan CE iaitu"Christian Era" manakala BC ("Before Christ") diganti dengan BCE(untuk Before Christian Era).Namun demikian, di kalangan orangIslam di Malaysia dan rantau Melayu umumnya, ringkasan SM (sebelumMasihi) dan TM (tahun Masihi) lebih kerap digunakan.
Bagi penganut Kristian, sambutan tahun baru mempunyai konotasikeagamaan kerana tahun baru menandakan ulang tahun kelahiranal-Masih namun, kepada orang lain sambutan itu mempunyai konotasiyang berbeza.Perubahan angka pada tahun hanya berlaku sekali setahun dan semuaini mempunyai kaitan dengan keadaan manusia itu sendiri. Jikadilihat kepada sejarah, 2004 misalnya menyaksikan banyakpertumpahan darah dan tragedi yang berlaku di Iraq, Sudan, Russia,Thailand dan beberapa negara lain.
Bermulanya 2005 dilihat sebagai satu tanda harapan untuk
memulakankehidupan yang lebih baik tetapi yang menjadi persoalan sekarang,adakah wajar sambutan tahun baru disambut oleh orang Islamdenganpesta, hiburan dan hedonisme? Tiada salahnya menyambut ketibaantahun baru jika niat yang disertakan adalah untuk membawa perubahanke arah yang lebih baik.Sudah tentulah berpesta dan bersuka-riatanpa mengikut lunas syariat Islam yang dilarang dan ditegah.
Menurut pandangan Islam, peredaran masa ialah satu proses alam yangditetapkan Allah bagi dunia ini. Malah di dalam al-Quran banyakayat yang diturunkan menegaskan pentingnya masa dalam kehidupanmanusia.
Jika ditinjau secara logik, 1 Januari hanyalah satu hari dalam
setahun yang tidak mempunyai apa-apa signifikan besar kepada
kehidupan manusia melainkan hanya menjadi tanda bermulanya era baruberasaskan pengiraan takwim solar yang mempunyai asal-usulnyakepada agama Kristian.
Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar
Al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah
sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam.Pengiraan
takwimIslam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza denganpengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan danpergerakan matahari.
Orang Kristian menggunakan pengiraan berdasarkan solar kerana harikebesarannya banyak membabitkan kedudukan matahari dan pergerakanmusim seperti Hari Easter dan seumpamanya.Golongan muda nampaknyabegitu ghairah dengan sambutan tahun baru tetapi sayangnya caraberseronok itu tidak selari dengan kehendak agama Islam.
Sambutantahun baru perlu dilakukan dengan hasrat untuk berubah ke satukeadaan yang lebih baik malangnya apa yang kita lihat ialahseolah-olah budaya hedonisme yang menerap masuk membawa bersamanyakeruntuhan moral dan akhlak.
Satu perkara yang mungkin wajar direnungkan ialah mengapa orangIslam begitu beria meraikan 1 Januari dan pada waktu yang samaseperti tidak mempedulikan 1 Muharam? Sepatutnya konsep hijrah yangdibawa oleh perayaan Maal Hijrah perlu dihayati oleh setiap umatIslam. Adakah Maal Hijrah setiap tahun hanyalah satu cuti umumdalam kalendar tahunan kita semata-mata?

