Empat 'bintang' bantu Bolasepak Terengganu

TERENGGANU mendapat khidmat empat pemain berpengalaman untuk menyarung jersi negeri itu bagi menghadapi kempen Liga Super musim 2009.

Mereka terdiri daripada bekas pemain Johor FC, Tengku Hazman Raja Hassan, Azlan Ismail (Perlis), Mohd Shahzan Mohd (Sarawak) dan Mohd Hafizi Awang (Kelantan).

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh, turut berkata Ashaari Shamsuddin dan Zairol Anuar Zalani yang dipilih dalam skuad kebangsaan serta pemain bawah 23 tahun kebangsaan, turut dikekalkan dalam skuad Terengganu.

"Seramai 10 pemain Piala Presiden musim lalu turut diserapkan dalam skuad Liga Super bagi berganding dengan pemain berpengalaman," katanya selepas majlis menandatangani kontrak pemain Terengganu dan penajaan jersi Pronik bagi musim 2009.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Skuad Terengganu mendapat tajaan pakaian sukan daripada Syarikat Teo Guan Lee bernilai RM350,000.

Musim ini, Terengganu melantik Mohd Nik sebagai jurulatih dan dibantu Khalid Mat Dahlan dan Zubir Ibrahim.

Che Mat yakin Terengganu dapat memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran daripada tiga yang disertai iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url