Top Ad 728x90

Kaunter JPN & Imigresen dibuka tujuh hari seminggu

Operasi perkhidmatan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen akan dibuka tujuh hari seminggu bagi kemudahan orang ramai berurusan dengan jabatan terbabit di samping mengurangkan kesesakan di kaunter hari bekerja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata JPN mula beroperasi tujuh hari seminggu sejak 15 November lalu manakala penambahan masa operasi di Jabatan Imigresen akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kerajaan prihatin dengan rungutan rakyat yang mahukan masa operasi perkhidmatan kaunter dua jabatan berkenaan dilanjutkan supaya mereka tidak lagi perlu menempuh kesesakan bagi mendapatkan dokumen seperti kad pengenalan pintar (MyKad) serta pasport antarabangsa mereka.

“Kementerian juga akan menumpukan terhadap penyediaan perkhidmatan JPN yang boleh dicapai di mana saja dan pada setiap masa termasuk dengan memperluaskan unit bergerak JPN ke kawasan bandar dan daerah seluruh negara,” katanya selepas pelancaran MyDaftar JPN, di sini, semalam.

Sementara itu, Syed Hamid berkata, 2.2 juta MyKad atau 9.1 peratus daripada jumlah 24 juta MyKad yang dikeluarkan JPN sejak 2001 hingga Oktober 2008, dilaporkan rosak oleh pemiliknya.

“Kita akui menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai kualiti MyKad yang tidak memuaskan. Tahun ini saja sehingga Oktober lalu JPN menerima 888,495 aduan mengenai kerosakan pada MyKad yang membabitkan kerosakan pada plastiknya.

“Kita mengkaji untuk menggunakan polycard iaitu bahan mentah baru lebih berkualiti untuk menghasilkan MyKad bagi menggantikan penggunaan PVC,” katanya.

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90