Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telahbersabda:

"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisiPenciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".

Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas.

Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.

Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :

"Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".

Hadis Riwayat Tarmizi

Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. :

Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia :

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".

Surah Al-Ahzab, ayat 56

Memperbanyakkan bacaan Al QuranSurah-surah yang digalakkan untuk dibaca:
Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Sesiapa di antara kamu yang pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan

Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :

"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".

Hadis Riwayat Tabrani

Bersiwak

Memakai bau-bau yang wangi


Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".

Hadis Riwayat Al-Bukhari

Memakai pakaian serba putih

Menyegerakan pergi ke masjid


Firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul masjid

Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib

Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat

Memperbanyakkan amalan sedekah

Firman Allah s.w.t. :

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url