Makna sebenar Hepatitis

Nama Hepatitis B memang popular, tetapi apakah makna sebenar
penyakit ini? Hepatitis adalah penyakit radang hati yang disebabkan jangkitan virus melalui darah. Sama ada Hepatitis A, B atau C, semuanya dibezakan virus penyebabnya yang mengakibatkan kesan berbeza.

Hepatitis B dan C lebih biasa ditemui dalam masyarakat kita. Sekali virus Hepatitis B masuk ke dalam badan, ia boleh merebak cepat dan mencemarkan darah, cecair vagina, air liur, cecair sendi, susu ibu, air kencing, hempedu dan air mata.

Virus Hepatitis B bertindak ke atas sel hati dan pembawanya berisiko antara 200 hingga 300 kali mendapat kanser hati berbanding orang sihat. Kehadiran virus ini boleh dikesan melalui ujian darah.

Dianggarkan antara 468,000 hingga 780,000 rakyat di negara ini menjadi pembawa virus berbahaya ini.

Kajian menunjukkan 0.001 mililiter darah yang mengandungi virus ini boleh menyebabkan jangkitan. Virus ini boleh masuk ke badan melalui:

Pendermaan dan pemindahan darah atau hasil darah (seperti plasma dan platlet).

Luka, termasuk tindik telinga, tatu, akupuntur dan suntikan,
berkongsi berus gigi dan berus kaki.

Menggunakan jarum suntikan tercemar di kalangan penagih dadah.

Pengamal perubatan menggunakan jarum atau peralatan rawatan
pergigian yang tidak disteril dengan baik.

Hubungan seks dengan pasangan pembawa virus.

Pemindahan daripada ibu kepada anak dalam kandungan ketika bersalin.

Kerap bersentuh dengan pembawa virus.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url