Laluan sukar untuk BN

Kali terakhir dua musuh tradisi iaitu UMNO dan Pas bertemu dalam pilihan raya kecil di Terengganu ialah pada tahun 2004 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang.

Ketika itu, laluan UMNO yang mewakili BN dianggap mudah kerana Kuala Berang yang terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu adalah kubu BN. Sasaran yang diletakkan pada masa itu ialah mencapai majoriti lebih 2,000 undi dan ia menjadi kenyataan.

Tetapi senario di Kuala Berang sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan ‘pertempuran’ terbaru antara UMNO dan Pas dalam Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Walaupun ia adalah kerusi BN tetapi ia bukanlah satu jaminan bahawa parti komponen berkenaan akan mampu terus mempertahankannya. Berdasarkan rekod dan catatan sejarah adalah jelas jika tersilap melakukan percaturan BN mempunyai risiko paling tinggi untuk kalah.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url