Kronologi kes bunuh dan kerat Cikgu Istiqomah


 

Kehilangan seorang guru wanita di Johor Bahru sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala yang ditemui dalam longkang di Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Berikut adalah kronologi kes kehilangan dan pembunuhan guru, Istiqomah Ahmad Rozi.

26 Disember 2023: Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, gagal pulang ke rumah selepas keluar bekerja

27 Disember 2023: Laporan berhubung kehilangan tersebut diterima polis pada jam 12.36 tengah malam

27 Disember 2023: Kunci kenderaan bersama kereta milik mangsa ditemui di luar pasar raya Lotus Kota Masai jam 2 petang

28 Disember 2023: Berita mengenai kehilangan Istiqomah mula tular di media sosial. Suaminya, Mohd Yusof Mokhtar, menyatakan sudah mengusahakan pelbagai cara untuk mengesan wanita ini termasuk mendapatkan khidmat perubatan Islam.

Mayat dalam plastik sampah di tepi jalan

31 Disember 2023:

Mayat wanita tanpa kepala ditemui dengan bahagian badannya disumbatkan dalam plastik dan tong sampah serta dibuang dalam longkang tepi jalan dekat Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka. Identiti mangsa tidak dikenali.

Januari 2024 hingga Julai 2024:

- Susulan penemuan mayat pada 31 Disember 2023, Polis Alor Gajah melakukan ujian DNA terhadap waris dua mangsa yang pernah dilaporkan hilang tetapi tiada yang sepadan.

- Siasatan diteruskan

2 Ogos 2024:

- Polis peroleh keputusan ujian DNA mayat mangsa mendapati ia sepadan dengan ibu kepada Cikgu Istiqomah yang dilaporkan di Pasir Gudang pada 27 Disember 2023

Suami isteri ditahan di Chemor, Ipoh

6 Ogos 2024

- Sepasang suami isteri, 36 dan 37 tahun yang ditangkap di Chemor, Perak, ditahan reman Polis Melaka. Suspek lelaki dikenal pasti kenalan mangsa ketika belajar di universiti

- Hasil siasatan terhadap suspek, polis temui sebahagian lagi anggota badan termasuk tulang jari dan kepala dalam jarak 5 hingga 6 kilometer dari lokasi penemuan awal pada 31 Disember

12 Ogos 2024:

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu, disahkan milik cikgu Istiqomah Ahmad Rozi.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.