Deflasi kini ancaman utama ekonomi
“Bahaya utama yang kita perlu berdepan kini bukannya kemelesetan ekonomi, tetapi ancaman lebih besar iaitu terjebak ke dalam situasi deflasi yang ketara,” kata Heiner Flassbeck.
Beliau berkata, keseluruhan Zon Eropah kini berada dalam kedudukan bahaya kerana terjebak dalam masalah deflasi dan ia hanya boleh ditangani dengan membuat pelaburan awam yang besar.
Deflasi adalah situasi yang mana berlaku penurunan harga barangan dan perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan di semua sektor dalam ekonomi.
Walaupun ia adalah keadaan berlawanan dengan inflasi dan menaikkan nilai benar wang, namun penurunan harga yang keterlaluan menyebabkan pengilang menurunkan pengeluaran, justeru mengakibatkan penurunan dalam pendapatan dan permintaan pengguna, sekali gus memberi kesan negatif kepada ekonomi.
Unctad mengunjurkan ekonomi 15 negara anggota asal Kesatuan Eropah (EU) akan teruk terjejas dengan penyusutan pertumbuhan pada kadar 0.7 peratus tahun ini.
Bagaimanapun, Zon Eropah Tenggara, termasuk Bulgaria dan Romania dijangka berkembang pada kadar yang lebih baik.
- AFP
