Jangan Tertipu Janji BN - Timb Presiden PAS (PRK K.Terengganu)

Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa mengingatkan agar rakyat Kuala Terengganu tidak tertipu dengan janji-janji oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Menurut beliau ketika sidang media, sudah menjadi kebiasaan dan amalan kepada kerajaan BN, apabila menjelang pilihanraya jalan-jalan baru akan di turap, dan pelbagai janji akan ditaburkan kepada rakyat.

“Memang hak rakyat untuk menerima jalan raya, itu hak mereka, tapi persoalannya kenapa masa ini? Mereka datang hanya untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam waktu-waktu sebegini. Tidak dirancang untuk manfaat rakyat,” ujar beliau di Markaz Pas Kuala Ibai.

Negeri Terengganu menurut beliau, dari segi hasil merupakan kedua tertinggi di Malaysia hasil pendapatan melalui petroleum, tetapi sehingga kini masih lagi menjadi negeri kedua termiskin hasil daripada pemerintahan kerajaan UMNO/BN selama 40 tahun.

“Namun ketika Pas memerintah Terenggan dari tahun 1999 hingga 2003, ranking kemiskinan berkenaan telah pun berjaya di naikkan dari kedua termiskin kepada ketiga termiskin walaupun di dalam kewangan yang terhad,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang diletakan begitu ramai di kawasan pilihanraya kali ini.

“Pas terbukti boleh mengawal penyokongnya sendiri dan tidak perlu kepada kawalan polis yang terlalu ramai,”katanya lagi.

- Suara Keadilan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url