Malaysia kekal aman kerana ISA
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pendekatan Malaysia itu terbukti berkesan apabila negara sentiasa selamat daripada keadaan tidak menentu seperti pergolakan politik di Thailand dan keganasan di Mumbai, India baru-baru ini.
Sehubungan itu beliau menegaskan, kewujudan ISA dilihat masih relevan dalam melindungi kepentingan rakyat.
''Yang penting apa rakyat hendak. Bukan apa orang yang 'bising' hendak kerana jumlah mereka yang suka buat bising itu sedikit tetapi yang betul-betul diam tetapi mahukan keamanan dan kedamaian sebenarnya ramai, cuma mereka tidak tahu bising.
''Kita ambil contoh pertubuhan bukan kerajaan seperti Suara Rakyat Malaysia, berapa ahli dia. Tetapi dia buat bising seolah-olah seluruh rakyat Malaysia mahu menghapuskan ISA," katanya semasa membahaskan tajuk Masih Relevankah ISA dalam program Bicara Bersama Tokoh di sini malam tadi.
Hadir sama pada program anjuran sebuah NGO, Shah Alam Free Speech dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri itu ialah bekas tahanan ISA, Lokman Noor Adam.
Syed Hamid berkata, ISA dikecam bukan kerana kepentingan hak asasi, sebaliknya untuk kepentingan politik pembangkang yang cuba membangkitkan kebencian terhadap kerajaan demi meraih kuasa.
- Utusan