Najib pening kepala peruntukan ‘tak turun’ (PRK K.Terengganu)

“Mana peruntukan? Saya tahu duit dah turun (dari Pusat), dah sampai kat Terengganu, tapi orang (jentera BN) bawah merungut duit tak sampai kepada mereka,” begitulah lebih kurang bunyi luahan kecewa Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak beberapa hari lalu.

Menurut satu sumber yang rapat dengan BN negeri, pertanyaan yang lebih berbentuk sergahan itu ditujukan oleh Najib kepada para pemimpin Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Selaku Pengarah Pilihan Raya BN di Kuala Terengganu, Timbalan Presiden Umno itu dikatakan telah dimaklumi bahawa peruntukan sangat besar telah dikeluarkan oleh parti itu di peringkat Pusat.

Duitnya juga telah sampai ke Terengganu dan dipercayai berada dalam simpanan seorang pemimpin kanan Umno bahagian.

Bagaimana pun, jentera BN peringkat bawahan, khususnya peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan cawangan-cawangan merungut kerana peruntukan yang mereka tahu sangat banyak itu masih tidak melimpah kepada mereka.

- Siasah Daily
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url