Penjelasan Hakikat Syaitan Iblis,jin Dan Malaikat
Diriwayatkan bahawasanya iblis dahulunya adalah makhluk yang saleh dan taat beribadat kepada Allah s.w.t. jauh terlebih dahulu masanya daripada bangsa malaikat. Iblis itu AZAZIL namanya dia sebangsa malaikat dalam ketaatannya, bahkan diduga bahawa Azazil itu terlebih mulia dari malaikat sebab hampir kesemua permukaan langit dan bumi telah terkena bekas sujudnya kepada Allah.
Azazil itu banyak mempunyai nama gelaran di antaranya sadjid yakni orang yang ramai sujud, syakir yakni orang yang ramai bersyukur semua nama-nama itu sebagai gelaran kehormatan untuk menendakan ketinggian darjatnya pada sisi Allah s.w.t.
Allah ingin menguji dalam atau dangkalnya iman Azazil lantas disuruhnya bersujud kepada Adam a.s. bersama-sama dengan malaikat terkecuali azazil, itulah yang tidak mahu bahkan sebaliknya dia berlaku ingkar dan sombong.
Allah s.w.t. memberikan pernyataan sebagai berikut dalam Al-Quran ayat 34 yang maksudnya kira-kira:
Dan di kala Kami berkata para malaikat; bersujudlah! kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semuanya terkecuali iblis(Azazil) ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah ia daripda orang kafir.
Dari sejak itulah Allah s.w.t. menurunkan pangkat kebesaran iblis. Iblis itu asal kata ublisa min Rahmatillah yakni di usir daripada Rahmat Allah Iblis itu mempunyai bala tenteranya yang dinamakan syaitan. Adapun erti syaitan ialah melawan perintah Allah.
Kalau Adam dinamakan Abulbasyar yakni nenek manusia, maka iblis dinamakan Abusy-syaitan yakni nenek segala syaitan. Oleh kerana iblis itu mendapat kutuk laknat disebabkan Adam, maka marahlah iblis dan tenteranya syaitan kepada Adam, yakni hasad dengki mereka itu kepada Adam. Untuk melaksanakan sakit hati,dengki serta marahnya, maka iblis dan syaitan berusaha dengan sekeras-kerasnya, agar supaya manusia itu pun dapat kutuk laknat Allah seperti mereka dan masuk bersama-sama mereka ke dalam neraka jahanam. Perjuangan antara iblis di satu pihak dan manusia di pihak lain, bukanlah hal yang baru, tetapi perjuangan itu telah memakan masa beribu-ribu tahun lamanya sehingga akhirnya kemenangan berada di pihak iblis, dan kekalahan berasa di pihak Adam dan isterinya Hawa. Maka keduanya terusirlah dari syurga dan terbuang ke dunia ini; sebagaimana Allah menyatakan dalam Al-Quran yang maksudnya kira-kira:
Al-Baqora ;36: Maka keduanya telah diperdayakan syaitan, maka mengeluarkan akan keduanya dari apa-apa nikmat yang mereka berada didalamnya yakni syurga, dan Kami berkata: Turunlah kamu ke dunia setengahmu dan setengahnya menjadi musuh.
maka iblis sememanganya dari ketruran jin bukan? dan azazil itu bukan la malaikat jika iblis itu azazil cume hendak kn kepastian.
harap saudara dpt terang kn pd saya. :)
sori taye soalan pelik2..