Setem hasil baru mulai 1 Februari 2009
Ini berikutan pengeluaran setem hasil baru oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menggantikan setem lama sejak penggunaannya pada 1993.
Sesiapa yang masih memiliki setem hasil lama yang belum dipakai dibenarkan menggunakannya sehingga akhir Julai ini dan selepas tempoh itu ia tidak sah dan tidak diterima lagi.
Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Noorhelmi Azrul Mohd. Nor berkata, Pos Malaysia akan menghentikan penjualan setem lama selewat-lewatnya akhir bulan ini.
Orang ramai yang masih menyimpan setem hasil yang lama boleh menukarkannya dengan yang baru di Ibu Pejabat LHDN.
“Cawangan LHDN pula menjadi perantara menerima dan menghantar setem itu ke ibu pejabat.
“Proses penukaran mengambil sedikit masa kerana perlu melalui proses pemeriksaan ketulenan dan pengesahan oleh agensi yang pakar mengenal pasti ketulenannya,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.