Editor blog dikejar polis isu fitnah Saiful
Pengendali sebuah blog yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalami penyakit kelamin sedang diburu polis.
Editor Pahang Daily Online yang mahu dikenali sebagai Cucu Mat Kilau sudah dihubungi oleh seorang pegawai polis Bukit Aman petang ini sewaktu beliau berada di pekan Indera Mahkota.
Sepasukan lapan anggota polis dalam dua buah kereta menunggu beliau di rumahnya di Taman Indera Mahkota Atebara Perdana dekat Kuantan, kata pengendali blog itu kepada Malaysiakini.
Ketika dihubungi, Cucu Mat Kilau dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Kuantan setelah bertemu dengan pasukan polis tersebut.
Beliau diiringi oleh isterinya ke balai polis yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya.
Setakat jam 8.30 malam ini, Cucu Mat Kilau masih di balai polis.
Mohd Saiful, yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada Jun lepas, membuat aduan polis Selasa minggu lalu terhadap blog itu yang mendakwa beliau kini tenat akibat sumpah laknatnya tahun lepas.
Pemuda itu ke balai polis Damansara bersama bapanya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamry Idrus.
Aduan itu dilaporkan dibuat bagi meminta polis menyiasat blog tersebut yang didakwa memfitnahnya dengan mengatakan beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah.
"Mereka itu mendakwa ia adalah balasan akibat termakan sumpah laknat yang telah saya buat.
"Ini adalah pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar sama sekali. Saya amat sihat," Mohd Saiful dipetik berkata selepas laporan polis itu.
Pemuda itu bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh penasihat PKR itu.
Selepas aduan polis itu Pahang Daily Online terus mempertahankan laporan-laporan mereka kerana "yakin berada di pihak yang benar".
Artikel berjudul 'Saiful saman Pahang Daily Online' menegaskan blog itu merupakan hak milik peribadi dan tidak memaksa pembaca menerima bulat-bulan artikel yang diterbitkan.
Tulisan itu juga menyebut, Mohd Saiful boleh menggunakan blog peribadi beliau untuk menafikan dakwaan yang dipaparkan dalam Pahang Daily Online.
Artikel itu menyebut, prinsip blog itu jelas iaitu melaporkan maklumat yang mengimbangi laporan media arus perdana.
"Justeru itu, kenapa Pahang Daily mahu dipersalahkan kerana menyiarkan artikel yang terkadang dihantar sendiri oleh pembaca setia blog ini.
"Kami hanya mengedit dan menukarkannya dalam bentuk artikel untuk lebih memudahkan pembaca menerima laporan berkenaan," coretan Sabtu lalu dipetik.
- MALAYSIAKINI
zaman sekarang ni nama je hidup dlm negara yg demokrasi tetapi sebenarnye kita x pernah bebas utk mengutarakan sesuatu....
ah kencing kuat editor tu. cucu mat kilau konon. buat malu mat kilau je. kalau mat kilau idup lagi dah dia terajang masuk sg pahang. suka hati je nulis. masa kat itm manjung bukannya power sangat. kencing kuat. pemimpin pelajar konon. pirah mabuk.. bukan aku tak kenal dak sukri ni..
Dah bosan aku dgn kes saiful nieh...x habis2 nyusahkan org...xleh dok aman2 ke..